Lafaz Cerai Dalam Keadaan Tertekan
Saya ada soalan berkaitan lafaz cerai. Si isteri selalu mendesak suami mengatakan: “Ceraikan aku.” Apakah jatuh talak sekiranya si suami berkata dalam keadaan tertekan: “Ok kau nak cerai sangat, kita cerai.”
Kemudian si suami tersedar dan mengajak untuk bersama sebagai tanda rujuk. Apa pendapat Dr dalam kes ini?
Abdullah,
Melaka
Jatuh talak dengan kata-kata berkenaan. Begitu juga sah rujuk. Perkara ini hendaklah dilaporkan kepada mahkamah syariah untuk pengesahan.Nasihat saya, jangan kita mempermainkan kata-kata cerai kerana membawa akibat yang tidak baik, iaitu keruntuhan rumah tangga.
Oleh Dr Salam, Harian Metro
Labels:
agama
TERIMA KASIH SUDI BACA Perkara Yang Menjatuhkan Talak Tanpa Suami Isteri Sedar . TOLONG SHARE...!