Lelaki Ditemui Reput Di Rumahnya
NORAIDA ABDUL KASSIM 20 JANUARI 2017
KUCHING – Seorang lelaki yang gagal dihubungi keluarganya sejak beberapa hari lalu telah ditemui mati di rumahnya di Taman BDC Stampin, di sini petang semalam.

Ketua
Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, mayat mangsa
yang dikenali sebagai Hadwen ak Dominic Sampar Entaban, 46 tahun,
berbangsa Iban telah dijumpai dalam keadaan terlentang dan mereput di
lantai rumah.
“Setelah tidak mendapat sebarang berita daripada mangsa beberapa hari, pengadu iaitu saudara mangsa telah pergi ke rumah mangsa di Taman BDC untuk mencari mangsa.
“Sebaik sampai di rumah mangsa, beliau telah gagal bercakap dan menemui mangsa dengan bertindak memecah pintu rumah tersebut.
"Sebaik berjaya memecah pintu dan masuk ke rumah, pengadu telah terhidu bau busuk dan setelah memeriksa di dalam rumah dia mendapati ada mayat manusia terbaring di bahagian bawah rumah dalam keadaan telah mereput,“ katanya dalam satu kenyataan kepada pihak media pagi tadi,
Sejurus menerima aduan daripada pengadu, pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bersama anggota dari Balai Polis Sekama telah ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan anggota di lokasi, mereka mendapati satu mayat seorang lelaki memakai baju T warna biru dan seluar panjang jeans warna biru dalam keadaan sudah mereput berada keadaan terlentang di celah meja dan sofa ruang rehat rumah tersebut.
“Pemeriksaan awal JSJ di sekitar rumah juga mendapati tiada sebarang pecah masuk dan keadaan rumah tidak berselerak dan pemerhatian ke atas mayat juga tiada sebarang unsur-unsur jenayah berlaku,”ujarnya lagi.
Mayat si mati telah di hantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Lelaki Ditemui Reput Di Rumahnya-berbangsa Iban telah dijumpai dalam keadaan terlentang dan mereput di lantai rumah.. TOLONG SHARE...!