Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Menahan kentut ketika solat , inilah hukum sebenar dalam islam yang anda tak pernah tahu

Kentut atau berdasarkan perubatan disebut flatus merupakan hal yang tidak boleh dilepaskan dari diri manusia. Sebab, hal itu termasuk perkara ilmiah yang pada bila-bila saja boleh timbul. Dan kadang-kadang seseorang menganggap ringan mengenai hal ini. Padahal, pada waktu-waktu tertentu adanya flatus boleh mengganggu keselesaan anda. Terutama ketika sedang solat.
 

Ketika kita melaksanakan solat, terkadang flatus itu tiba-tiba muncul. Hingga, tak sedikit dari kita yang menahannya untuk keluar. Dalam hal ini, kita seringkali merasa tidak selesa, dengan fikiran bahawa apakah solat yang kita kerjakan itu sah atau kah tidak. Lalu, bagaimana Islam memandang perkara ini?

 Dalam Islam, tentu kita tahu bahawa jika buang angin atau flatus ketika solat itu membatalkan solat. mengenai menahan flatus ketika solat, majoriti jumhur ulama berpendapat jika menahan flatus itu hukumnya makruh. Memetik keterangan dari Ramdlan (2014) dari hasil Bahtsul masil NU, jika persoalan manahan kentut di tengah solat tidak pernah dibicarakan secara langsung dalam hadis Rasulullah SAW.

Meski demikian, terdapat hadis yang berkaitan dengan menahan keinginan untuk makan ketika makanan telah disajikan, menahan kencing atau buang air besar ketika dalam solat. Sesuai hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, "Tidak ada solat (tidak sempurna solat) di hadapan makanan, begitu juga tidak ada solat (tidak sempurna solat) sedang ia menahan air kencing dan air besar (al-akhbatsaani)."


 Hadis tersebut menurut Imam Muhyiddin Syaraf An-Nawawi mengatakan makruh. Jika seseorang sembahyang ketika makanan telah dihidangkan dan ia ingin memakannya, dan bagi orang yang menahan kencing dan buang air besar. Makruh ertinya tidak disukai oleh Allah SWT dan lebih baik ditinggalkan. Menahan flatus dihukumi makruh, sebab mengganggu fikiran dan menghilangkan khusyuk.

Berdasarkan keterangan itu, maka seseorang yang menahan flatus saat solat hukumnya makruh sepanjang waktu solatnya masih longgar. Sebab, menahan flatus dalam solat termasuk hal yang boleh merosakkan atau menghilangkan khusyuk.


 Oleh sebab itu, jika kita ingin flatus ketika sembahyang, maka lebih baik mengeluarkannya (sehingga batal shalatnya), selagi waktu sembahyang masih longgar. Kemudian, segera berwudhu untuk melaksanakan sembahyang lagi. Jika waktu yang tersisa untuk sembahyang mepet dan dikhuatiri akan masuk sembahyang yang lain, maka anjuran yang disyorkan adalah menahan flatus dan meneruskan shalatnya. Wallahu 'alam.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: agama

TERIMA KASIH SUDI BACA Menahan kentut ketika solat , inilah hukum sebenar dalam islam yang anda tak pernah tahu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top