PONTIAN, JOHOR - Seorang kanak-kanak perempuan bersuai tiga tahun dua bulan maut dihempap pintu pagar besi sebuah taska, petang semalam, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas itu, mangsa, Nur Adawiyah Zulkifli disahkan meninggal dunia jam 6.39 petang ketika tiba di klinik kesihatan berhampiran selepas mengalami kecederaan di dahi.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, kira-kira jam 5 petang, semua murid mula dijemput oleh ibu bapa masing-masing termasuk mangsa, abang serta kakaknya yang dijemput ibu mereka berumur 36 tahun.
Ibu mangsa kemudian berbual bersama guru sambil membantu mengemas kelas, manakala mangsa dua adik beradiknya berusia tujuh dan lima tahun bermain di luar taska.
"Kira-kira jam 6 petang, ibu mangsa terdengar bunyi bising dan berlari keluar sebelum mendapati mangsa terbaring dihempap besi pagar taska.
"Pemeriksaan mendapati, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan namun siasatan awal mempercayai mangsa bermain sorong tarik pagar menyebabkan roda pagar terkeluar dari landasan lalu menghempapnya, bagaimanapun kakak dan abang mangsa sempat melarikan diri," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pontian untuk dibedah siasat.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - The Reporter
http://www.thereporter.my/2017/01/budak-taska-maut-dihempap-pintu-pagar.html
Labels:
sedih
TERIMA KASIH SUDI BACA anak kecil maut dihempas pintu pagar besi dikawasan taska didepan mata ibunya-AL-FATIHAH. TOLONG SHARE...!