Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

“Saya sudah tua untuk hamil lagi. Bagaimanapun, kalau ada rezeki, mengapa tidak.-cik ta




Pelakon Rozita Che Wan tidak keberatan untuk menghadiahkan suami cahaya mata kedua asalkan Zain Saidin sanggup memenuhi permintaannya.

Rozita, 44, berkata walaupun agak terlewat untuk hamil kali yang keempat namun pelakon yang mesra disapa Che Ta ini menganggapnya sudah suratan Tuhan.

“Saya sudah tua untuk hamil lagi. Bagaimanapun, kalau ada rezeki, mengapa tidak.

“Bulan depan saya dan Zain serta Aaisyah Dhia Rana akan mengerjakan umrah. Saya berdoa agar hasrat untuk hamil akan diperkenankan Tuhan.

“Kalau Zain mahu saya hamil lagi, dia kena bersedia dengan banyak permintaan saya seperti beg tangan baharu dan sebagainya,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!.


Zain, 33, sebelum ini dilaporkan dalam usaha memujuk isterinya untuk hamil anak kedua.

“Saya masih dalam proses memujuk, nanti kami akan ke Mekah menunaikan umrah pada penghujung Februari ini.

“Saya nak doa banyak-banyak agar dia berlembut hati untuk beri saya cahaya mata lagi,” katanya seperti dilaporkan portal mStar Online.

Berkahwin pada 11 Disember 2013, pasangan ini dikurniakan Aaisyah yang kini berusia dua tahun.

Rozita mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 21, dan Aniq Ezzra, 18, hasil perkahwinan pertamanya.
http://www.malaysiadreamnews.com/12798/che-ta-tuntut-beg-tangan-baharu-jika-zain-saidin-mahu-anak-lagi/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA “Saya sudah tua untuk hamil lagi. Bagaimanapun, kalau ada rezeki, mengapa tidak.-cik ta. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top