Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

si gadis yang sedang sarat mengandung menjadi ‘pakej’ utama untuk mengaburi mata masyarakat sekeliling



Kahwin Tapi Tak Nikah|Terlalu ‘taksub’ dengan cinta, seorang gadis sanggup membiarkan diri dinodai oleh lelaki yang dikenali tidak sampai tempoh setahun dalam laman sosial ‘Wechat’ sehingga mengandung.

Gadis berusia 23 tahun dan berasal dari Marang,  bagaimanapun cuba menyembunyikan kandungannya yang sudah berusia lapan bulan daripada pengetahuan ahli keluarga dengan menyewa sebuah rumah di Kuala Ibai, di sini.

Dia yang tidak bekerja itu mengambil keputusan berani tinggal bersama-sama kekasihnya, 22, yang juga berasal dari Marang dan bekerja sebagai pembancuh air di sebuah restoren di sini.

Namun, ‘lakonan’ pasangan kekasih yang berlagak seperti suami isteri itu akhirnya berjaya dihidu pihak berkuasa sebelum kediaman disewa mereka diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 2.25 pagi tadi.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, sebelum ini, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang mencurigai status hubungan pasangan tersebut meskipun keadaan gadis itu yang sedang mengandung.

“Pasangan kekasih ini berkemungkinan menganggap keadaan si gadis yang sedang sarat mengandung menjadi ‘pakej’ utama untuk mengaburi mata masyarakat sekeliling.

“Disebabkan itu, mereka berani tinggal sebumbung dalam tempoh yang agak lama meskipun tanpa sebarang ikatan sah,” katanya ketika dihubungi.

Wan Mohd berkata, siasatan awal, pasangan ini mengaku sepanjang tempoh perkenalan mereka yang tidak sampai setahun, pernah beberapa kali terlanjur di rumah si lelaki sehinggalah si gadis itu mengandung.

“Pasangan itu juga mendakwa kononnya mereka berhasrat untuk berkahwin sejurus selamat melahirkan anak yang dijangka pada hujung bulan depan.

“Jadi demi menutup rahsia daripada pengetahuan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, mereka mendakwa mengambil keputusan menyewa rumah yang agak jauh daripada tempat tinggal masing-masing buat sementara,” katanya.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA si gadis yang sedang sarat mengandung menjadi ‘pakej’ utama untuk mengaburi mata masyarakat sekeliling. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top