Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Lima kali mengandung, lima kali keguguran. Kandungan paling lama bertahan, tiga bulan..Akibat tak diberi makan, saka tinggal di rahim dan makan janin mangsa


    Lima kali mengandung, lima kali keguguran. Kandungan paling lama bertahan, tiga bulan
    Mangsa dijaga saka sejak dari kecil yang diamanahkan oleh moyangnya.
    Akibat tak diberi makan, saka tinggal di rahim dan makan janin mangsa




Oleh Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Kasihan seorang pesakit datang terima rawatan untuk ikhtiar mendapatkan zuriat. Beliau sudah berkahwin tujuh tahun. Namun sepanjang perkahwinannya, beliau pernah mengandung sebanyak lima kali. Tetapi kesemua kandungannya itu mengalami keguguran.

Sebelum beliau keguguran, beliau pasti akan mimpi tumpah darah, mimpi seorang nenek tua mengurut perutnya, mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi menyusukan budak, mimpi ada orang nak bunuh. Setiap kali selepas mimpi-mimpi seperti itu, keesokkan harinya beliau akan keguguran.

Semua kandungan beliau tidak bertahan lama. Paling lama pun hanya tiga bulan sahaja. Beliau tidak pernah mendapatkan rawatan Islam. Bila terbaca artikel tanda-tanda gangguan makhluk halus yang saya kongsikan, beliau tergerak hati untuk mendapatkan rawatan Islam dengan saya.

Bila saya ruqyahkan beliau, ternyata ada gangguan dalam badan. Beliau berubah menjadi nenek kebayan yang amat tua. Saya bertanya pada nenek tua itu.

"Kenapa kamu ganggu dia?"

Dia hanya menggelengkan kepala sambil terkunyah-kunyah seperti sedang memakan sireh. Keadaanya bongkok seperti orang tua.
"Dia keturunan aku, dia milik aku. Jangan ganggu dia lagi!" katanya.

"Dia bukan milik kamu. Keluar kamu dari tubuh badannya."

"Aku cakap, kau tak faham-faham ke? Dia milik aku! Aku benci kau kerana ambil hak milik aku!" kata nenek tua itu menunjuk ke arah suaminya.

"Kenapa kau ganggu dia??" soal suami pesakit.

"Dia keturunan aku, aku diamanahkan oleh nenek moyang dia untuk menjaga dia. Aku jaga dia dari dia masih kecil lagi. Aku amat sayangkan dia. Aku tak suka kau! Kau rampas dia dari aku! Pulangkan dia pada aku kerana dia milik aku! Aku jaga dia sejak dari kecil lagi!" tegas nenek tua itu.

"Pergi lepaskan dia sekarang!" kata saya padanya.

"Aku tak peduli, dia milik aku. Apa pun terjadi, aku takkan lepaskan dia. Aku tinggal di rahimnya, aku makan janinnya. Aku tiada makanan dan aku terpaksa makan janin dia. Dulu tuan aku ada nenek moyang kau ada dia bagi aku makan. Aku tak nak dia mengandung. Dia milik aku, dia tuan aku sampai bila-bila. Aku takkan biarkan kamu berdua bahagia!" kata nenek tua itu lagi.

Tanpa berlengah lagi, saya pun ruqyahkan beliau dan dengan izin Allah, jin nenek tua itu pergi dengan jeritan yang amat kuat.

Sesiapa yang mengalami gangguan saka keturunan, sekiranya sudah berumahtangga boleh mengakibatkan hubungan suami isteri menjadi panas, sukar mendapatkan zuriat. Bagi wanita akan mengalami kitaran haid yang tidak normal.

Nasihat saya, sekiranya anda ada gangguan saka keturunan, dapatkan rawatan Islam berhampiran. Jangan putus asa, kesembuhan semua di atas izin Allah. InshaAllah. Moga dijauhkan ia berlaku pada kita dan keluarga kita. Amin..








https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: seram

TERIMA KASIH SUDI BACA Lima kali mengandung, lima kali keguguran. Kandungan paling lama bertahan, tiga bulan..Akibat tak diberi makan, saka tinggal di rahim dan makan janin mangsa. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top