Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Dimasukkan berkali-kali ke dalam ICU disebabkan rokok. Tetapi masih merokok lagi








Sudah banyak pesakit yang terkena komplikasi disebabkan menghisap rokok. Daripada penyakit Chronic obstructive airway disease yang melibatkan sesak nafas dan tanda-tandanya sama seperti asma sehinggalah yang melibatkan kanser paru-paru.

Tidak dilupa juga kanser saluran pencernaan sehinggalah kanser pundi kencing. Penyakit darah tinggi sehinggalah stroke. Semua penyakit ini boleh disebabkan dengan menghisap rokok.
Pak Bahar mangsa Makhluk berasap

Saya nak cerita pengalaman saya dalam merawat pesakit yang merupakan perokok tertegar.

Pakcik Bahar berumur lebih kurang 60 tahun. Dulu dia merokok sampai dua kotak sehari.
Setelah lebih 30 tahun merokok, dia telah mengalami simptom kerosakkan pada paru-paru.

Paru-parunya yang dahulu dipenuhi alveoli yang berfungsi untuk pertukaran karbon dioksida dan juga oksigen telah dijahanamkan oleh tar dan juga bahan kimia yang berbahaya daripada rokok.

Dia selalu mengalami sesak nafas disebabkan saluran pernafasannya tidak normal dan paru-parunya tidak mampu menyingkirkan karbon dioksida dengan baik.

Kenikmatan menghisap rokok yang selalu dinikmati telah bertukar kepada penderitaan yang kronik.

Pak cik Bahar sekarang mempunyai pergerakkan yang terbatas. Berjalan sedikit ke tandas pun membuatkan dia termengah-mengah. Aktiviti mandi Pak Bahar boleh disamakan dengan larian pecut 100 meter. SANGAT MEMENATKAN.

Manakan tidak, paru-paru yang rosak tidak mampu menyingkirkan karbon dioksida. Karbon dioksida yang tinggi dalam darah sudah tentu akan membuatkan sistem paru-paru bernafas lebih laju.

Tapi malangnya paru-paru kurniaan Allah telah dirosakkan oleh bahan kimia berbahaya rokok. Bertambah malang lagi, organ paru-paru bukan boleh ditukar beli seperti aksesori kereta. Kalau nak tukar paru-paru yang rosak itu pun, kena tukar sekali dengan organ jantung yang menyukarkan lagi pembedahan.

Pak Bahar walaupun selalu sesak nafas dan keluar masuk hospital, dia tetap membuat perkara yang telah difatwakan haram oleh ulama sedunia iaitu menghisap rokok. Nampak seolah-olah ‘hobi’nya itu sangat susah untuk ditinggalkan walaupun ia telah memberi komplikasi yang menyusahkan hidup dia.

Macam biasa, setelah selesai menghisap asap rokok dia akan merasa sesak nafas. Kemudian dia akan pergi ke hospital untuk menghisap asap nebulizer yang mengandungi ubat salbutamol dan juga ipratropium bromide pula.

Wap Nebulizer selalu digunakan kepada pesakit COAD yang disebabkan asap rokok

Asap rokok menyesakkan. Asap nebulizer pula memberi kelegaan ke atas perbuatan merokok. Pandai Pak Bahar berfikir.

Jikalau sesak nafasnya itu teruk, selalunya doktor akan beri ubat yang lebih kuat seperti IV hydrocort. Dan sudah menjadi kebiasaan setiap bulan, Pak Bahar akan masuk ke hospital sekali bersama dengan Maintenance dose IV neulin.

Masuk keluar hospital adalah rutin bagi Pak Bahar. Sudah sama seperti orang berniaga pergi outstation.

Outstation bagi Pak Bahar adalah masuk hospital

Tetapi tahun-tahun akhir Pak Bahar dipenuhi dengan ‘recurrent admission to ICU’(asyik masuk ICU je). Datang emergency department je, kena intubate dan hantar masuk ICU.

ICU tempat singgah Pak Bahar

Mana tidaknya. Setiap kali datang ke kecemasan sahaja, bacaan karbon dioksida dalam darah sangat tinggi dan ini adalah salah satu indikasi untuk prosedur intubation dilakukan.

(Intubation adalah salah satu prosedur untuk menyelamatkan nyawa. Dimana satu tiub akan dimasukkan ke dalam saluran paru-paru untuk memberi bantuan pernafasan kepada pesakit. Pada ketika itu pesakit akan ditidurkan)

Setelah sihat dan keluar daripada ICU, Pak Bahar merokok lagi dan masuk ke hospital lagi berkali-kali. Sehingga akhirnya Pak Bahar mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya dan menyebabkan organ-organ lain pun rosak.

Pak Bahar meninggal dunia dalam ICU yang selalu menjadi tempat persinggahannya. Pada haritu, ICU itu menjadi tempat persinggahan terakhir sebelum masuk ke tempat persinggahan yang lain iaitu alam Barzakh. Innalilahi wa Innailaihirajiun.

Pak Bahar meninggal dunia pada umur 60 tahun. Dia meninggalkan seorang isteri, 4 orang anak, sebuah rumah, beberapa kotak rokok dan juga pam MDI salbutamol yang selalu digunakan ketika mana sesak nafas menyerang Pak Bahar. Kotak rokok dan juga pam MDI dibuang oleh anak Pak Bahar sebagai isyarat untuk melupakan bahan yang merosakkan ayahnya itu.

Tuan-tuan dan Puan-puan. Pak Bahar hanya merupakan salah satu contoh insan yang mendapat komplikasi daripada perbuatan menghisap rokok. Ramai lagi diluar sana yang telah diragut nyawanya oleh makhluk bergulung tersebut
Kenapa Rokok susah untuk ditinggalkan

Rokok seperti biasa mempunyai pelbagai bahan kimia carcinogen dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya. Tetapi satu sahaja bahan kimia yang membuatkan para perokok ketagih dan tidak mampu meninggalkan rokok ini. Ianya adalah NICOTINE.

NICOTINE lah yang akan menyebabkan rembesan hormone Dopamin di otak yang memberikan perasaan seronok kepada penghisapnya. Apabila selalu menghisap rokok, maka receptor nicotine pada otak semakin banyak.

Maka lebih banyak dose nicotine yang diperlukan untuk memenuhi tapak receptor nikotin di otak agar tahap keseronokkan yang sama dapat dicapai. Jika jumlah nicotine telah turun, maka penghisap rokok akan mengalami tanda-tanda ‘withdrawal’ seperti tidak focus, menjadi pemarah, lembab, asyik nak makan dan sebagainya.

Pendek kata perokok tegar tidak suka pada tanda-tanda ini dan akan mula menghisap rokok balik bila tanda-tanda ini muncul.

Tidak dilupa juga NICOTINE ini juga akan membuatkan kencing manis dan darah tinggi tidak dapat dikawal dengan baik
Klinik berhenti merokok

Oleh kerana rokok ini berbahaya, maka KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA(KKM) sendiri telah membuat satu inisiatif dengan mengadakan program QUIT SMOKING CLINIC. Sesiapa yang menghadiri klinik ini hanya membayar RM1 sahaja untuk pendaftaran. Selepas itu, konsultansi, follow up dan juga ubat-ubatan akan diberi secara percuma. FREE OF CHARGE

Satu kotak ubat CHAMPIX untuk 2 minggu sudah berjumlah RM 140 lebih. Begitu juga nicotine patch dan nicotine gum yang berharga RM 100 lebih. Dalam sebulan sudah menelan 200 hingga ke 300 ratus ringgit untuk seorang pesakit.

Merokok pun menelan ratusan ringgit sebulan. Alangkah baiknya jika perokok menyertai program yang percuma ini supaya dapat menjimatkan duit poket malah dapat memelihara kesihatan anda dan keluarga.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root Of Science

Sumber: RootOfSience






https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA Dimasukkan berkali-kali ke dalam ICU disebabkan rokok. Tetapi masih merokok lagi. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top