Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Hanez Suraya hari ini memfailkan perceraian terhadap suaminya Romie




SHAH ALAM: Pelakon, Hanez Suraya, hari ini memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais.

Sumber memberitahu, Hanez, 32, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguamnya.

Berita pergolakan rumah tangga pelakon jelita itu mula bertebaran beberapa bulan lalu, namun reda seketika selepas beliau dan suaminya dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun, bulan ini.

Hanez juga pernah memberitahu mengenai keinginannya untuk aktif berlakon awal tahun ini walaupun sebelum itu pernah memaklumkan kepada media, suaminya, Romie, 37, tidak mengizinkannya kembali ke dunia seni.

Pasangan yang berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan.

Bintang Love You Mr Arrogant itu gagal dihubungi dan tidak membalas pesanan WhatsApp yang dihantar bagi mendapatkan penjelasannya berhubung perkara terbabit.


http://mediahub-m.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Hanez Suraya hari ini memfailkan perceraian terhadap suaminya Romie. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top