Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"Awak Encik XXXXX, kan? Sori ya, tiket bas awak itu telah dibatalkan,"Itulah, lain kali kalau nak beli online, kena call dulu," kata pihak pengusaha bas itu.





Oleh Al Irfan Jani

Bila dah hot cerita syarikat bas Kuala Lumpur - Johor Bahru buat hal, aku nak beritahu, bukan bas itu saja yang buat pasal. Tergerak hati aku nak kongsi apa yang aku pelajari tentang Bas Sengal iaitu E**** Express. Berani gila aku sebut nama syarikat itu, kan? Nak saman? Silakan, sebab semua bukti aku simpan.

Bayangkanlah, dalam 3-4 bulan aku sudah melalui tiga kisah ini.

KISAH 1

Bukan cikai-cikai servis bas di Johor ini. Sebagai anak jati Johor, bas dan Johorean dah macam darah daging. Biasalah, musim budak-budak cuti, kita yang bukan student ini pun kena impak sekali. Seminggu sebelum itu, aku perhati banyak tiket dah mula nak habis. Bila dah beli tiket secara online, aku pun legalah kemain. Bersiap-siap beg sampai nyanyi-nyanyi (tak caya tanya suri aku).

Tiba-tiba, bila dah nak sampai hari berlepas itu, sejam lagi masa nak bertolak, aku mendapat panggilan dari satu nombor pejabat. Okaylah, sebab aku jenis tak hutang along, jadi aku angkatlah. Tahu siapa yang call?

"Awak Encik XXXXX, kan? Sori ya, tiket bas awak itu telah dibatalkan," kata suara dalam talian.

Aku dah mula ketap bibir, "Kenapa pula nak batalkan?"

"Kami tak ada trip pada jadual itu," jawabnya selamba.

Pehhh, masa itu kalau ikut perasaan, boleh pecah juga telefon yang aku genggam ini. Agak-agaklah, dik oi, lagi satu jam nak bertolak kau cakap macam itu? Kau tahu tak aku nak ke Larkin dari Pasir Gudang tu dah 40 minit, itu pun kalau aku bawa 120km/h dan langgar semua lampu trafik merah.

Korang rasa macam mana? Geram tak? Hehe, relax dulu. Itu tak cukup geram lagi. Ini bahagian yang paling best. Boleh bayangkan aku siap kena marah lagi.

"Itulah, lain kali kalau nak beli online, kena call dulu," kata pihak pengusaha bas itu.

Ya Allah, aku masa itu rasa macam kena petir je selepas dapat ayat begitu. Nak tahu lagi, apa yang buat kau nak petir lagi lepas sebulan itu? Tak pasal-pasal aku kena beli tiket dari syarikat lain dan memang pastilah kena beli tiket last minute, bertolak lewat dua jam.

Aku baru tergerak nak call semula nombor tadi.

"Cik, macam mana dengan duit yang saya gunakan masa beli tempahan online tempoh hari?"

"Wang encik akan dikembalikan semula selepas 15 hari bekerja melalui sistem online." jawabnya dalam nada marah dan bajet dirinya profesional.

Apa?? 15 hari bekerja?! Dumm! Bunyi lagi kuat petir itu. Korang tahu tak, 15 hari bekerja ini hakikatnya berapa hari? Seminggu ada lima hari bekerja kan? Jadi kalau 15 hari bekerja, bersamaan tiga minggu. Jadi, di antara tigam inggu itu ada berapa Sabtu Ahad? Minimum ada 4 hari, maksimum ada 6 hari. Jadi 15 hari = 19-20 hari.

    HAMPIR SEBULAN OI!


Harga asal tiket RM33.70, caj pengurusan RM1, caj transaksi RM1. GST? Pejam celik je dah nak jejak RM40. Kau tengoklah siapa yang jenis naik bas ini. Makcik-pakcik, pelajar, pekerja asing, isk kesian alahai.

Okey, sempat aku nak selit rasa dengki di sini. Korang ingat dapat tunai ke duit itu? Mimpilah. Kita bayar dengan tunai (tolak dari bank kita) melalui sistem. Tetapi dia pulangkan balik duit kita telah gunakan dalam bentuk digital.

Maksudnya, selepas sebulan kau tunggu duit kau dipulangkan, rupa-rupanya duit itu kau dapat dalam bentuk digital fund. Kau login sistem dia, baru nampak duit itu dalam bentuk nombor. Tak boleh ditunaikan! Kau kena beli tiket lain untuk belanjakan duit kau sendiri. Best kan?

Aku dah lama nak tulis Kisah 1 ini tetapi sebab aku fikir, 'Ala boikot ajelah. Apa susah?'. Jadi aku cepat-cepatlah padamkan kisah hitam aku ini sebab tak sukalah negatif sangat. Sampailah aku terperangkap dalam kisah seterusnya ini.

KISAH 2

Okey, aku dah maju kan? Takkanlah aku bodoh nak beli online lagi sekali. Kali ini aku pergi ke kaunter di Pasir Gudang.

"Cik, ke TBS hari ini, jam berapa ya?" soalku.

"Oh, ada tinggal satu, single seat tapi di depan sekali," katanya.

"Tiada masalah," lega tiket masih ada.

Yelah, sudahlah aku jenis suka borak dengan orang. Tak ada hallah nak duduk sebelah driver. Tak adalah dia mengantuk semasa memandu nanti.

"Err, depan sekali tau bang," sekali lagi gadis di kaunter itu mengingatkan aku. Tanpa berfikir panjang, aku terus pilih.

"Jadi, apa masalahnya?"

Dia pun menaik sesuatu dan tercetaklah sekeping tiket kertas.

Menjelang waktu bas mahu berlepas, aku pun masuklah ke dalam bas. Alangkah terkejutnya aku.

"Aik? Apa semua ni?"

Betul-betul di bahagian kaki seat aku itu penuh dengan kotak-kotak barang yang sudah siap bersusun. Siap ada kod-kod nombor. Baru aku tahu bas pun boleh buat perkhidmatan kurier. Best kan?

Korang nak tahu tak apa yang pemandu bas kata bila aku terpacak seketika di situ?

"Okey je ni bro. Kau cuma perlu naikkan kaki ke atas kotak-kotak ini. Sedap sikit nak baring," katanya.

Aku dah nak meletup. Dia ingat aku neis tidur kaki lunjur agaknya. Sudahlah waktu dalam bas, biasanya aku jenis membaca atau menulis di smartphone. Aku tak pasrah begitu sahaja. Dengan kaki panjang aku ini, menjulur tergantung seperti orang sakit patah kaki. Aku biarkan bas kami bawa ke Larkin.

Tiba di Larkin, ada seorang perempuan ini sudah siap-siap menunggu aku. Aih? Macam tahu-tahu sahaja Pulau nak bergempa sebentar lagi.

"Aa, abang tukar bas ye. Ada bas sedang menunggu di Platform XX," katanya sambil menyerahkan tiket bas yang baru dari syarikat yang lain.
Apa lagi, aku tak tunggu lama terus punggah keluar beg ala askar aku dari perut bas dan berpindah ke bas lain. Ha, tengok, lagi sekali aku tak jadi tulis kasi viral isu ini. Yalah, hati sudah sejuk kan. Kira 'halal' sajalah kan.

Satu saja yang aku tertanya-tanya, macam mana dia tahu aku tak puas hati eh? Aku tak mengadu pada sesiapa pun yang aku terpaksa angkat kaki dan letak di atas kotak itu 'kool' sangat.


Oh, baru aku teringat. Pemandu bas tadi banyak kali menjeling ke arah aku dari cermin driver. Dia mungkin perasan muka aku dah nak meletup agaknya pada masa itu. Patutlah dia ada bermain SMS/ WhatsApp dengan kakitangan di Larking tentang isu aku.

Gais, anda terlupa sesuatu? Pemandu bas main telefon semasa memandu. Itu dah kira biasa dah. Setakat SMS, WhatsApp itu apalah sangat. Tak kira dia borak-borak dengan kawan dengan tak pakai handsfree, suara jerit-jerit macam kawan itu di hujung kampung dia. Kalau penumpang jenis menjerti dan terpekak dalam phoen di belakang, kira okay lagi sebab penumpang tak memandu. Tetapi ini pemandu bas.

Apa kes Malaysia paling melahirkan pemandu multi-taks macam itu?

KISAH 3

Entah macam mana, aku ingat nak pulaukan syarikat bas ini bertahun-tahun tetapi apakan daya, tak ku sangka aku ada pertalian lagi dengan syarikat laknat ini.

Kali ini, kisah ini baru sahaja berlaku pada minggu lepas ye kawan-kawan. Masih segar lagi. Memang hari itu, aku ada urusan kecemasan dan terpaksa pulang ke JB dengan bas adhoc, jam 11 malam. Aku pun pergi ke kaunter di TBS. Tengok-tengok, alamak, nama E**** muncul lagi. Berbulu betul rasa, ya ampun. Sudahlah satu-satunya syarikat bas yang terakhir bertolak pada malas itu. Jadi aku terpaksalah juga naik.

Aku pun hairan, kenapa setiap kali kenangan aku dengan E**** ini, tak pernahnya semakin manis, tetapi semakin busuk. Rupa-rupanya harga tiket dah naik RM40. Makin dibenci makan mahal jadinya kau ye. Kena pula aku pada masa itu sudah tiada pilihan lain. Ah, RM40 pun lantaklah. Janji urusan aku di Johor selesai dengan tentang. Apa ada hal RM40 melayang begitu saja.

Bas bertolak dalam jam 11.45 malam. Aku dah ready nak tidur nanti. Memang cantiklah sebab aku pun dah 2-3 hari tak cukup tidur.

Celik-celik, aku tengok jam dah nak masuk jam 5 pagi. Dia bawa perlahan. Aku okay lagi tetapi pemandu bas ini dah merapu. Bas kami yang sepatutnya berhenti di Terminal Kompleks dah melalut nak sampai ke hujung selat. Tak pasal-pasal bas kami menuju ke Pelabuhan Johor.

Sudah lain macam aku rasa pemandu bas ini. Aku tengok penumpang lain macam blur-blur, yelah sebab semua pun baru tidur kan? Jadi, tiada seorang pun yang tegur pemandu itu. Aku pun berlarilah ke tempat pemandu. Serius eh, memang aku berlari. Kalau aku biarkan, memang melalut dia pusing satu Pasir Gudang ini sampah cerah pagi.

Aku duduk di tangga bersebelahan dengannya dan tegur dia.

"Aik bang, jauh meronda?"

Terkejut baq ang! Baru aku perasan pemandu ini muda gila. Tak terfikir pula nak tengok kad pengenalan dia pada masa itu. Aku rasa umur 18 tahun dia ni (lebih ke kurang ke, aku tak pasti). Sebelum naik bas, aku tak perasan sangat muka dia mungkin sebab gelap agaknya di ruang pemandu itu.

"Aik bang, jauh meronda?" sekali lagi aku tanya sebab dari tadi dia buat-buat macam tak dengar saja.

"Saya terlepas selekoh tadi. Terlelap kejap." jawabnya.

    WHAT!!? TERLELAP??


Kejap saja kau kata? Kau fikir sekejap itu kira 'cool and steady' lah kan? Terlelap ini, kalau sesaat pun boleh menyebabkan kesemua penumpang dalam bas ini maut woi! Aku pun semburlah sekali.

"Dah tu, kalau terlelap, kau nak bawa kami ini semua merondalah ye? Gitu?"

Dia senyum kelat saja. Aku terus bagi arahan suruh dia pusing semula.

"Dah! Dah! Pusing! U-Turn sekarang!"

Dia balas dengan nada poyo, "Itulah yang aku sedang cari ni, U-Turn. Tak jumpa juga dari tadi,"

Ah sudah. Dah tu, takkan smartphone canggih tak ada Waze? Ada mulut, tak nak tanya? Aku paksa dia pusing sekarang juga, langgar semua lampu merah sebab kawasan kilang tak banyak kereta. Aku tak peduli. Kalau tak pusing sekarang, memang merentas ke KongKong sampai Singapuralah jawabnya.

Bila bas sudah sampai ke Terminal Kompleks, kami pun turun. Ada dua orang yang masih tak turun.

"Alamak, dua orang lagi itu nak ke Masai ke?" aku tanya pemandu itu.

Dia pun datang dekat pada aku, "Err, nak ke Masai macam mana ye?"

Aik? Baru nak tanya aku? Dah nak Subuh ini baru tanya aku? Aku babai sajalah dia. Pandai-pandailah dia tanya orang Masai. Sekian.

Korang pernah tengok seekor helang terlelap semasa terbang? Ini  E**** Express dah buktikannya. Kasi sharelah, aku percaya ramai yang sudah terkena punya.

Nukilan ini adalah karya Al Irfan Jani. Sila layari atau follow Facebook beliau bagi mengikuti stori inspirasi.






https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA "Awak Encik XXXXX, kan? Sori ya, tiket bas awak itu telah dibatalkan,"Itulah, lain kali kalau nak beli online, kena call dulu," kata pihak pengusaha bas itu. . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top