Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Seks hanya semalam atau one night stand: Wanita kesal, lelaki rasa hendak lagi







Wanita kesal terjerat dalam godaan “one night stand,” seks seketika dengan pasangan baru dikenali atau bukan kekasih, tetapi lelaki pula berasa tidak cukup.

Kira-kira 35 peratus wanita berasa bersalah, namun hanya 20 peratus lelaki berasa begitu, menurut kajian terbaru di Norway, negara yang dianggap liberal.
Seks hanya semalam atau one night stand: Wanita kesal, lelaki rasa hendak lagi



Hanya 30 peratus wanita berasa gembira dapat bersenggama dengan cara begitu tetapi lebih separuh lelaki menikmatinya, lapor The Telegraph.

Lebih kurang 80 peratus wanita gembira dapat menolak pelawaan untuk mengadakan seks seketika namun hanya 40 peratus lelaki berfikir begitu, lapor Daily Mail.

Keputusan ini diperolehi hasil tinjauan Universiti Sains dan Teknologi Norway terhadap 263 pelajar berusia antara 19 hingga 37 tahun yang pernah mengecapi “one night stand”.

“Wanita berasa lebih kesal apabila bersetuju mengadakan seks sekali. Lelaki pula ramai yang kesal melepaskan peluang berbuat demikian,” kata profesor Leif Edward Ottesen Kennair.

Perbezaan ini, diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Psychology, berkaitan sikap lelaki yang lebih bebas mengadakan seks tetapi wanita harus lebih memilih untuk mengecapinya.

Wanita kurang selesa kerana memikirkan risiko hamil, penyakit kelamin dan tanggapan buruk masyarakat terhadapnya, lapor dua portal akhbar tersebut.

Dalam evolusi manusia, lelaki boleh melahirkan ramai anak untuk memastikan generasi baru dapat berkembang dengan baik. Pilihan mereka dibataskan oleh persetujuan wanita.

Namun, wanita lebih mengutamakan lelaki bermutu yang sanggup menjaga anak mereka bersama-sama dan tidak menghabiskan masa dengan wanita lain.

“Pilihan wanita — memutuskan bila, di mana dan dengan siapa mahu mengadakan seks — mungkin prinsip paling asasi dalam psikologi seks wanita,” kata profesor David Buss dari Universiti Texas, yang bekerjasama dalam kajian tersebut.

“Ramai ahli sains sosial menduga dalam budaya seks yang setara seperti di Norway, perbezaan seks [lelaki dan wanita] ini akan hilang. Tetapi ternyata tidak.

“Kenyataan ini menyebabkan hasil kajian perbezaan seks mengenai rasa kesal mengadakan seks di negara Norway kini begitu menarik dari segi kajian sains.”

Sumber: Malay Mail



http://thetrendingnow.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500







https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Seks hanya semalam atau one night stand: Wanita kesal, lelaki rasa hendak lagi. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top