Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Mangsa Didera Suami Mampu Berjaya





 hiasan

Sebelum ini heboh di media sosial Dato’ Sri Hanni Borhan Pengasas Jamu Susuk Dara, Syarikat (JSD) Holdings Sdn. Bhd. dipukul dan didera oleh suami. Peristiwa hitam itu bukan pematah semangatnya untuk terus membina empayar perniagaannya.

Pengalaman telah membuat Pengasas Jamu Susuk Dara, Syarikat (JSD) Holdings Sdn. Bhd. ini cuba mengerti kehidupan lebih dalam, lebih peka terhadap keadaan sekeliling dan cuba berfikiran positif.

“Wanita adalah tunjang kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga. Tidak salah sekiranya saya katakan, kebahagiaan seorang wanita itu datang daripada rahim yang sihat. Setiap wanita perlu menjaganya ibarat menjaga sebutir permata yang sangat berharga.

Melalui produk JSD yang mempunyai tagline ‘Manis, Mantap, Penuh Rahsia’ ini, saya membantu menyediakan peluang perniagaan dan meningkatkan taraf ekonomi sebuah keluarga terutama buat suri rumah tangga dan ibu tunggal.

Saya juga pernah menjadi seperti mereka dahulu melalui kehidupan duduk di rumah dan tidak bekerja. Masyarakat juga masih skeptikal kepada wanita yang bergelar suri rumah tangga. Saya berazam mahu membebaskan belenggu wanita yang dikatakan tidak mampu menjana pendapatan keluarga ini.

Atas dasar prihatin terhadap mereka, saya telah mengatur sebuah program untuk membantu wanita terutamanya golongan suri rumah tangga dan ibu tunggal untuk terus berniaga walau mempunyai kekangan seperti menjaga anak, tidak perlu keluar rumah atau membuat penghantaran produk jualan.

Melalui program ini, saya telah menyediakan tempat yang memudahkan stokis menghantar barang jualan. Melalui jualan online, suri rumah tangga hanya duduk di rumah sambil menyusukan anak tetapi masih boleh menjana pendapatan keluarga,” katanya.

Produk JSD yang semakin mendapat tempat di hati wanita yang mementingkan kecantikan dalaman antaranya adalah seperti Jamu Pengantin Dara, Jamu Jalinan Cinta, Jamu Lelaki Jutawan, Coklat Love Habibi, Masker Vagina dan Feminine Wash.

“Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini sebagai seorang pengasas produk apabila melihat ejen atau stokis, yang dahulunya seorang suri rumah tangga sepenuh masa, kini mampu mencapai jualan sehingga RM2.3 juta. Mereka yang dahulu sering dipandang hina oleh masyarakat kini boleh memandu sebuah kereta mewah. Jika dahulu mereka hidup susah tinggal di rumah sewa kini sudah mampu mengeluarkan duit sendiri untuk membeli sebuah rumah.



http://www.nona.my/mobile/personaliti/mangsa-didera-suami-mampu-berjaya-1.618414










https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Mangsa Didera Suami Mampu Berjaya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top