PETALING JAYA: Menjelang perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung pada 19 November depan, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sekali lagi menerima ugutan bunuh.Ini ugutan kedua diterima dalam bulan ini dan pada kali ini sekeping gambar yang dihantar kepadanya memaparkan kepalanya dipancung oleh kumpulan IS.
“Pada 12.49 awal pagi ini, satu kiriman Whatsapp dihantar ke telefon bimbit Maria. Gambar yang diubahsuai itu memaparkan 6 anggota kumpulan militan IS memancung kepalanya,” kata Bersih dalam satu kenyataan.Dalam gambar berkenaan, 3 anak Maria, Pengerusi Persatuan Hak Asasi (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli sekretariat Bersih Mandeep Singh turut menerima “nasib sama”.
Bagaimanapun, sekretariat Bersih tidak percaya ugutan bunuh itu dilakukan militan IS sebaliknya beranggapan ia dilakukan pihak yang tidak mahu melihat himpunan dan konvoi Bersih 5 diteruskan.“Ini berdasarkan terdapat ugutan bunuh yang sama dihantar pada awal bulan lalu. Ini ugutan bunuh kedua dalam sebulan.
“Polis harus melihat perkara ini dengan lebih serius dan menahan pelaku. Jika mereka (polis) boleh mengenal pasti nombor telefon bimbit dan bertindak segera dalam kes lain, kenapa tidak kes kita?” katanya.Bagaimanapun, sekretariat Bersih berkata ancaman itu tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus tegas dalam 5 tuntutan menerusi perhimpunan Bersih 5.
Tuntutan itu ialah mendesak pilihan raya adil dan bersih, pentadbiran yang demokratik, kebebasan berhimpun dan meluahkan pendapat berdasarkan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.Kenyataan itu berkata Bersih 5 akan tetap diteruskan pada tarikh yang sama dan pihaknya menjemput seluruh rakyat Malaysia bersama-sama bagi memperjuangkan ke arah Malaysia baru.
freemalaysiatoday.com/

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Maria Chin Terima Ugutan Pancung Kepala Jika Masih Teruskan Himpunan BERSIH 5 . TOLONG SHARE...!