JELEBU, 22 Safar 1438H, Selasa – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut akibat termakan ubat tekanan darah tinggi milik neneknya di Simpang Pertang, di sini.
gambar hiasan
Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Lee sebelum itu telah menelan sekurang-kurangnya enam biji ubat yang disangkanya gula-gula.
Katanya, kejadian disedari ibu mangsa apabila mendapati kanak-kanak itu mengalami muntah-muntah yang luar biasa.
“Mereka fikir anaknya telah termakan benda beracun kerana keadaan mangsa pada ketika itu sangat lemah akibat mengalami muntah-muntah yang teruk.
“Namun, kanak-kanak itu sempat memberitahu dia telah makan ‘gula-gula’ neneknya yang ada di atas meja.
“Sebaik sahaja melihat keadaan anaknya semakin lemah, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan susulan,” katanya di sini, semalam.
Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Najihah (HTAN) Kuala Pilah, kira-kira 1 petang setelah mengalami muntah-muntah sejurus termakan ubat berkenaan.

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Padah Letak Ubat Darah Merata-rata Kanak-Kanak 4 Tahun Mati Termakan Ubat Darah Tinggi Yang Disangkakan Gula-gula. TOLONG SHARE...!