Kuala Lumpur: Pelakon Fattah Amin menafikan dia sengaja memegang tangan Neelofa ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semalam seperti tersebar di laman sosial.
Fattah, 26, berkata perkara itu berlaku secara tidak sengaja apatah lagi dia perlu melindungi Neelofa daripada diserbu peminat.
"Kalau nak tahu ketibaan kami di Brunei disambut dengan meriah malah ramai peminat menanti kami di balai ketibaan. Keadaan memang sesak. Walaupun ada pengawal peribadi, keadaan jadi tidak terkawal.
"Pada masa sama, saya terpaksa melindungi Neelofa daripada dihimpit peminat. Saya kasihan dengan dia apatah lagi dia bertubuh kecil. Kiranya apa yang hangat tersebar itu bukanlah disengajakan,” katanya kepada Harian Metro.
Bintang utama drama Suri Hati Mr Pilot itu memaklumkan peminat di Brunei turut menunggu ketibaan mereka di hotel.
Ditanya sejauh mana hubungannya dengan pengacara program MeleTop itu, Fattah menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT.
"Saya tahu ramai mahu kami bercinta sehingga mewujudkan akaun kelab peminat di Instagram. Malah setiap komen diletakkan #lofatah . Apa boleh saya katakan, doakan yang baik-baik saja,” katanya.
Selain itu, Fattah turut menafikan Neelofa menghalangnya bergandingan dengan Mira Filzah dalam sebuah drama.
"Perkara ini tak ada kena mengena dengan Lofa. Itu hanya cakap-cakap orang. Sebenarnya jadual kerja saya tak mengizinkan untuk terbabit dalam drama itu. Bukan apa, saya perlu fokus dengan bisnes kafe yang baru saja beroperasi di Kota Damansara.
"Selain itu, pusat gimnasium saya yang beroperasi di Kelana Jaya akan dipindahkan ke Kota Damansara. Senang untuk saya pantau jika dua bisnes ini terletak di premis yang sama,” katanya.
Labels:
hiburan
TERIMA KASIH SUDI BACA menafikan dia sengaja memegang tangan Neelofa ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei-fattah. TOLONG SHARE...!