Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

mak mertua saya masuk bilik, duduk atas katil sekali dan usap2 janggut suami saya sambil baring2 sekali. saya yang di sebelah tergamam dengan tindakan tu.

assalamualaikum semua. saya pinjam fb kawan saya untuk mintak pendapat semua. saya kt sini memang tak cerita berkenaan rampas merampas. tapi again berkenaan mak mentua.

saya dah kahwin beberapa tahun dengan suami dan lepas kahwin saya tinggal serumah dengan suami and mak mertua dalam rumah.
mula2 biasalah semua takda apa2 masalah. tapi masuk bulan ketiga keempat mak mertua dah mula cakap macam2. 

sedangkan saya kt rumah memang dh mcm bibik tapi sy redha sebab memang nak meringankan beban suami and mak mertua. jadi saya okay. cuma tak okay bila mak mertua mula nak cakap mcm2 berkenaan kerja2 saya. dia takkan makan masakan saya and sanggup goreng1 telur makan nasik dengan telur semata2 taknak sentuh lauk saya masak.


 padahal memang saya sentiasa tanya nak makan apa and mcm mana cara masakan dia supaya dia selera nak makan (memandangkan suami dh awal2 bagitau mak dia cerewet). lama2 saya dapat hadam dah dengan peel mak dia yang tak suka makan saya masak tu. sedangkan suami sentiasa cakap sedap and tambah nasik. and saya sendiri pun memang rasa masakan tu okay.


masuk dh beberapa bulan mak mertua mula nak tunjuk jealous yang saya rasa berlebihan. sedangkan suami saya pun memang layan saya so so kalau depan mak dia. sebab taknak bagi mak dia terasa. mak dia pernah report dekat anak dia yang lain cakap kami tinggal dia sorang2 dalam rumah entah kami hilang pergi mana. sedangkan masa tu baru 2 jam kami keluardan cari barang berniaga.

 dan sememangnya kami keluar masa tu tk bwk dia sebab tau dia akan penat sbb kami beli brg kuantiti yg banyak nak usung. dan kami memang pasti kami dh inform and siap salam mak dia lg sebelum keluar. lepas mak dia report tu, apa lagi saya kena marah la dengan ipar. sampai saya speechless malas nak jawab apa2. suami pun jadi segan dengan saya sebab sifat kakak and mak dia tu.

yang paling tak tahan, mak dia sekarang dah tak kisah nak masuk bilik kami sesuka hati. contoh tengah pagi pukul 6 pagi akan bukak pintu nak tengok. ataupun suami dh pesan suruh kejutkan solat. selesai2 solat kadang2 kami sambung rehat balik sebab berniaga letih, mak dia akan bukak pintu tengok lagi. tanpa bagitau apa2. pernah saya kunci pintu sekali, mak dia cakap jangan la kunci pintu. nanti jadi apa2 kt mak susah mak nak ketuk. padahal since kami tk kunci mak dia boleh dikatakan setiap hari akan bukak pintu.

 kadang2 menjerit2 sambil bukak pintu sebab nak panggil tanpa sebab. tiba2 ja menjerit or panggil2. pernah beberapa kali mak mertua bukak pintu, kami berdua tengah duduk sama2 memandangkan kami memang jarang luangkan masa bersama berdua di rumah. suami akan lebih fokus kepada maknya di rumah kalau mak dia ada dan saya pun faham. jadi ada satu masa tu, kami duduk sekejap berdua lepas solat isya. 

saya tengah bersembang hal2 saya pada suami atas katil, mak mertua saya masuk bilik, duduk atas katil sekali dan usap2 janggut suami saya sambil baring2 sekali. saya yang di sebelah tergamam dengan tindakan tu. kami memang takda privasi langsung. suami terpaksa tak berpindah dari rumah tu kerana mak mertua sy sudah tua dan suami anak bongsu. dan rumah yg diduduki tu rumah suami.


dan sekarang saya mengandung, saya terpaksa buat kerja macam bibik juga tanpa kurangkan sikit pun kerja. kecuali bila suami ada di rumah suami akan suruh sy berehat. bila suami keluar berniaga, mak mertua sy akan suruh sy masak, kemas rumah dan kerja2 harian. kdg2 masak sambil termuntah2 sampai jiran2 tanya. bila jiran tanya mak mertua akan tolong jawab 'dia tak alah pun'. padahal dia tau saya alah teruk.


tolonglah warga krt. adakah saya yang silap dalam hal ini? banyak lg yg sy tidak nyatakan. tetapi jika sy silap tlg tegur sy. dan berikan pendapat positif



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA mak mertua saya masuk bilik, duduk atas katil sekali dan usap2 janggut suami saya sambil baring2 sekali. saya yang di sebelah tergamam dengan tindakan tu.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top