Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Terima Kasih Halau Kami, Kami Sanggup Bayar 3 Kali Ganda - Jamal

PETALING JAYA: Penganjur Bersih 5 tidak akan membayar sebarang bil pembersihan yang dihantar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk himpunan yang diadakan pada 19 November.

Bendahari Bersih 2.0 Thomas Fann berkata tidak ada asas untuk DBKL menghantar bil pembersihan kerana penganjur membersihkan jalan di kawasan itu, malah lebih bersih berbanding ketika mereka memulakan himpunan.

“Kami ada ratusan sukarelawan yang mengutip sampah di jalanan sepanjang himpunan itu. Kami yang sepatutnya menghantar bil pembersihan kepada DBKL kerana buat kerja mereka,” katanya kepada FMT.

Fann berkata demikian ketika mengulas laporan DBKL menilai kerosakan landskap di KLCC dan mengeluarkan bil bernilai RM26,500.

DBKL juga akan mengambil tindakan undang-undang jika Bersih gagal menjelaskan bil itu.

Fann berkata DBKL perlu membuktikan yang landskap di KLCC tidak rosak sebelum peserta himpunan datang kawasan itu.

“DBKL juga perlu membuktikan yang kerosakan itu dilakukan penyokong Bersih.

“Kami tidak bayar bil untuk Bersih 4, dan kami tidak akan bayar juga kali ini. Kita akan jumpa di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata pembayar cukai membayar DBKL untuk membersihkan jalan di KL dan membuat landskap, dan kebanyakan peserta himpunan aman itu ialah pembayar cukai di ibu kota.

“DBKL patut buat saja kerja mereka, bukan main politik,” katanya.

Sementara itu, ketua gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos berkata beliau akan membayar 3 kali ganda kos pembersihan itu, yang berjumlah RM873, kerana keadaan yang kotor di Padang Merbok semasa himpunan itu.

“Walaupun kami tidak dapat permit untuk berkumpul, kami akan bayar 3 kali ganda jumlah itu.

“Kami juga mahu mengucapkan terima kasih kepada DBKL kerana menghalau kami, macamlah kami bukan rakyat Malaysia. Kami tidak ada masalah untuk bayar bil itu,” katanya.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL Mohd Saufi Muhammad berkata penganjur Bersih 5 dikenakan bayaran kerana merosakkan pokok renek di pembahagi jalan di sekitar kawasan KLCC dan di Jalan Ampang.

“Baju Merah dikenakan bil untuk kos mengutip sampah di Padang Merbok. Jabatan Perundangan kami akan hantar bil itu,” katanya.freemalaysiatoday.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Terima Kasih Halau Kami, Kami Sanggup Bayar 3 Kali Ganda - Jamal . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top