SEORANG pengguna Facebook memberi peringatan kepada orang ramai khususnya golongan wanita yang menggunakan pengangkutan awam supaya lebih berhati-hati berikutan insiden hitam yang menimpanya selepas mendakwa dirinya diganggu secara seksual oleh seorang lelaki.
Menerusi kemaskini di laman Facebooknya, mangsa, Syima Mohamad mendakwa telah dicabul oleh seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan warganegaranya ketika beliau menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam perjalanan dari stesen Universiti menuju ke Bangsar di ibu negara, pada Selasa lalu.
Dalam keadaan LRT yang penuh sesak, Syima mendakwa lelaki ‘gila seks’ yang berkaca mata itu bertindak mencabulnya dengan menggosok kemaluan pada badannya.
“Wanita, tolong lebih berwaspada dan cuba jauhi lelaki ini. Hari ini (Selasa) dia memakai baju bewarna kelabu dan berkaca mata. Cuba ingat wajahnya.
“Dia cuba melakukan gangguan seksual terhadap saya dalam LRT Putra hari ini dengan menggosok kemaluannya pada saya. Astaghfirullah. Tak pasti dia datang dari mana tetapi tolong ingat muka lelaki ini. Dia berhenti di stesen (LRT) Bangsar,” tulis Syima dalam entrinya, 8 November lalu.
Status yang dimuat naik Syima sehingga hari ini mendapat perkongsian lebih 3,752 dan 3,100 ‘like’ daripada pengguna Facebook.
Syima turut memuat naik dua keping foto suspek yang sempat dirakam olehnya ketika insiden berlaku, yang mana memaparkan keadaan di dalam tren kelihatan begitu padat dengan orang ramai.
Terkejut dengan perbuatan jijik lelaki terbabit, Syima dengan kuat menjeri ke arah suspek sambil memberi peringatan kepada pengguna wanita lain supaya berhati-hati dan tidak berada dekat dengan suspek.
Bagaimanapun, apa yang lebih mengecewakan Syima, jeritannya itu tidak diendahkan oleh penumpang lain apabila dia mendakwa tiada siapa yang datang membantunya.
"Tapi sedih...tiada seorang manusia pun yang membantu, biar betul?“Sesetengah orang mungkin fikir saya ‘meroyan’, tetapi dengar ini, saya tidak berasa malu, yang patut malu adalah lelaki setan ini
“Saya, dari sudut lain berasa bangga kerana saya tidak berdiri kaku membiarkan diri diperlakukan seperti itu. Saya bangkit memperjuangkan maruah dan harga diri saya di kala yang lain tidak endah dengan apa yang terjadi,” tegasnya.
Oleh hal itu, Syima menyeru semua pihak khususnya golongan wanita supaya tidak berdiam diri jika berdepan dengan insiden gangguan seksual.
“Ia adalah satu kesalahan. Tolong, ambil tindakan dan lindungi diri kamu. Gangguan seksual bukan perkara yang boleh diketawakan,” katanya.

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Astaghfirullah, lelaki ini gosok kemaluan pada tubuh saya Wanita Ini Dedahkan Wajah Lelaki Ini Yang Wanita Patut Jauhi Jika Tidak Anda Akan Jadi Mangsanya. TOLONG SHARE...!