Netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan perangai sesetengah pengguna pengangkutan awam yang enggan memberi tempat duduk kepada ibu mendukung bayi atau membawa anak kecil.
Luahan itu susulan sebuah rakaman video diviralkan seorang ibu yang berdepan situasi sama ketika dalam perjalanan menaiki LRT dari Wangsa Maju ke Ampang Park.
“Tahu tak, tangan ketar-ketar nak ambil video…dia orang tak perasaan…I dukung baby kot…dari Wangsa Maju sampai Ampang Park, tiada seorang pun ada perasaan,” tulis pengguna Facebook Nuraliza Ramli.
Dalam video itu, Nuraliza sedang berdiri dan hampir semua orang dalam tren itu sibuk bermain telefon sehingga tidak sedar kelibat seorang wanita yang mendukung anak dan membawa anak kecil.
Video itu dikongsi lebih 6,500 kali dan mendapat pelbagai komen yang rata-rata mengecam tindakan pengguna pengangkutan awam yang semakin tidak berperikemanusiaan.
Seorang pengguna Facebook, Sayfful Autocity juga berkongsi pengalaman dia bersama isterinya yang sarat mengandung terpaksa berdiri dalam pengangkutan awam.
“Dia orang ni, aku pun pelik, wife aku naik LRT sarat mengandung pun berdiri je…seorang pun tak bagi duduk. Takkan tak nampak, perut dah besar…siap yang muda-muda bercinta lagi buat tak nampak. Apa salahnya bagi duduk…ermmm,” tulisnya.
Abdullah Sani pula mengakui generasi sekarang langsung tidak berhati perut dan belas kasihan.
Beverly Lachica Lim turut berkongsi pengalaman hampir sama dengan berkongsi sebuah rakaman video.
“Dua bulan lalu, saya yang hamil 9 bulan sedang membawa anak berusia 3 tahun dalam stroller. Kami ambil tren dari KLCC ke Kelana Jaya dan tiada seorang pun yang tawarkan tempat duduk kepada saya,” tulis Beverly.
“Saya pernah naik komuter dari Bank Negara ke Shah Alam…gerabak lady coach. Saya dan 2 anak kecil dapat duduk. Sampai KL Sentral dah penuh siap orang berdiri…Saya tengah memangku anak kecil umur 4 tahun tengah tidur. Ada seorang ibu masuk sambil tolak stroller, baby umur 8 bulan macam itu. Saya perhatikan siapa yang agaknya akan bangun beri tempat ibu ini duduk. Lama juga tapi tiada sesiapapun yang bangun,” tulis Syahdd Yusri pula.
Memandangkan semua orang dalam tren hanya sibuk mengadap telefon bimbit, Syahdd mengakui rasa bersalah namun tidak dapat bangun memberi tempatnya kerana sedang meriba anaknya yang tidur.
“Atas sebab perikemanusiaan, saya suruh anak umur 5 tahun berdiri tepi tingkap, saya panggil ibu ni duduk sebelah. Rasa geram yang teramat sangat kat penumpang lain yang duduk tapi buat tak nampak je,” tulisnya..freemalaysiatoday.com

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Video Pengguna LRT tiada hati perut biar ibu dukung bayi berdiri. TOLONG SHARE...!