Pemuda Umno serbu pameran kartun Hina PM di Komtar.
Pameran kartun menghina Perdana Menteri oleh kartunis Zunar di Aras 3 Komtar bertukar kecoh apabila diserbu oleh sekumpulan Pemuda UMNO selepas solat Jumaat sebentar tadi.
Kumpulan pemuda UMNO yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Rafizal Abdul Rahim mendesak pihak penganjur dan Zunar agar menghentikan pameran tersebut sebelum perkara yang tidak di ingini berlaku.

Zunar
bagaimanapun dikatakan enggan menurunkan lukisa kartun yang menghina
Perdana Menteri itu diatas alasan beliau mempunyai permit untuk membuat
pameran tersebut.
Kumpulan Pemuda UMNO kemudiannya memberikan masa selama satu jam untuk Zunar dan pihak penganjur menurunkan semua lakaran kartun yang diletakkan diaras 3 berkenaan.
Kekecohan berlaku apabila beberapa orang individu mula bertikam lidah dengan pihak penganjur dan juga kartunis terbabit sehingga berlaku tolak menolak diantara mereka.
Pihak Polis berjaya mengawal keadaan dan meleraikan kumpulan terbabit selepas berbincang dengan kedua-dua pihak demi keselamatan orang awam di situ.
Selang beberapa lama kemudian, pihak penganjur dan juga kartunis berkenaan akur serta menurunkan lakaran-lakaran terbabit dengan kawalan dari pihak Polis.
Kartunis Zunar memang dikenali sebagai aktivis yang pro pembangkang serta seringkali menjadikan pemimpin negara sebagai modal untuk beliau memfitnah.
Selain dari itu, isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor juga kerapkali menjadi bahan kutukan Zunar didalam mencari rezeki sebagai seorang kartunis politik.- UTARA NEWS

Penang Kini
Labels:
politik
TERIMA KASIH SUDI BACA Pemuda Umno serbu pameran kartun Hina PM di Komtar.. TOLONG SHARE...!