Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Bunuh Umat Islam Rohingnya, Di Malaysia Sekadar Demo Depan Kedutaan Tetapi Di Indonesia Lebih Dahsyat!!

Negara majoriti di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Malaysia marah susulan tindakan keras terhadap masyarakat Rohingya di Myanmar, hingga tercetusnya demonstrasi di beberapa ibu kota.


tentera myammar bakar kampung dan rumah Penduduk Islam Rohingnya
JAKARTA: Polis menahan seorang militan Islam dan merampas sejumlah besar bahan membuat bom yang dirancang untuk digunakan dalam serangan di bangunan kerajaan dan Kedutaan Myanmar di Jakarta, bulan depan.

Jurucakap polis berkata, suspek ditahan di rumahnya di Majalengka, Jawa Barat awal minggu ini, dikenal pasti sebagai Rio Priatna Wibawa, 23, yang dipercayai ahli kumpulan Indonesia yang menyokong IS.

tahan

Media tempatan melaporkan jumlah bahan letupan yang dirampas mungkin boleh menyebabkan kesan 2 kali ganda berbanding bom yang mengorbankan 202 orang di kelab malam di Bali pada 2002.

Jurucakap polis Boy Rafli Amar pada sidang akhbar itu berkata beberapa buku dirampas, selain bendera hitam, peluru dan senjata, termasuk senapang angin dan parang.

“Kami sedang cuba membuktikan bagaimana suspek merancang semuanya, sama ada dia bekerja sendirian atau bagaimana dia dapat duit untuk membeli sebegitu banyak bahan letupan,” katanya.

Suspek yang mengambil jurusan sains pertanian di sebuah universiti tidak bekerja, dan belajar sendiri cara membuat bom, serta merancang mengagihkan bahan letupan itu di beberapa tempat seluruh Indonesia.

Pihak berkuasa bimbang dengan kebangkitan radikalisme dan berkata ada ratusan individu bersimpati dengan IS di Indonesia, negara yang mempunyai populasi Muslim terbesar.

Sejak akhir-akhir ini, kemarahan semakin besar di negara majoriti Islam di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Malaysia susulan tindakan keras yang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar, hingga tercetusnya demonstrasi di beberapa kota termasuk Jakarta. freemalaysiatoday



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Bunuh Umat Islam Rohingnya, Di Malaysia Sekadar Demo Depan Kedutaan Tetapi Di Indonesia Lebih Dahsyat!!. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top