Yayasan Islam Pulau Pinang memilih Hospital Pakar An-Nur di Selangor, sebuah hospital patuh syariah, sebagai operator Hospital Islam Pulau Pinang.
GEORGE TOWN: Kerajaan DAP akan membina Hospital Islam Pulau Pinang berkonsepkan patuh syariah yang pertama di negeri ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, hospital itu akan dibina di atas tanah kepunyaan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Bayan Baru.
“Tapak cadangan pembangunan Hospital Islam Pulau Pinang terletak di persimpangan Jalan Mayang Pasir 1 dan Jalan Mayang Pasir 2, di Bayan Baru dengan keluasan 10,265 meter persegi,” katanya ketika menggulung Bajet 2017 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri, pada Khamis.
Beliau berkata, hospital dengan kos RM280 juta itu terdiri daripada sebuah bangunan 14 tingkat, termasuk 7 tempat letak kereta dan dilengkapi 200 bilik pesakit dengan tumpuan kepada bidang perubatan pediatrik, ginekologi, endoskopi dan kardiologi serta kemudahan pembelajaran dan ruang perniagaan.
Beliau berkata, Yayasan Islam Pulau Pinang memilih Hospital Pakar An-Nur di Selangor, sebuah hospital patuh syariah, sebagai operator Hospital Islam Pulau Pinang.freemalaysiatoday.com

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Kerajaan DAP bina hospital patuh syariah pertama di Pulau Pinang. TOLONG SHARE...!