Kota Bharu: Seorang pelajar lelaki parah ditangan selepas ditetak dengan pedang samurai oleh sekumpulan lelaki di Kampung Panggong, Pasir Puteh, petang semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 18 tahun itu cedera di kedua-dua belah tangan selain patah siku kiri.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, mangsa diserang oleh tiga lelaki dipercayai akibat dendam lama.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diserang dengan pedang samurai.
"Setakat ini empat lelaki berusia 17 hingga 29 tahun yang berada berhampiran lokasi kejadian sudah ditahan petang semalam untuk membantu siasatan.
"Tiga lagi suspek yang menyerang mangsa masih diburu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini tadi.
Labels:
sedih
TERIMA KASIH SUDI BACA pelajar lelaki parah ditangan selepas ditetak dengan pedang samurai oleh sekumpulan lelaki. TOLONG SHARE...!