*Pakar arkeologi Thailand jumpa mayat pengamal ilmu hitam*
*2016/11/29*
*Portal MyStar*
*2016/11/29*
*Portal MyStar*
BANGKOK: Pakar arkeologi di Thailand digemparkan dengan penemuan rangka
yang dipercayai merupakan pengamal ilmu hitam di sebuah kawasan
perkuburan purba.
Penemuan menakutkan itu berlaku di Mukdahan berdekatan sempadan Thailand-Laos apabila pakar arkeologi menjalankan proses menggali semula tanah perkuburan tersebut.
Mereka menemukan kulit manusia yang tertera tatu pada rangka manusia berkenaan yang dipercayai ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.
Tatu itu berbentuk tulisan Sanskrit merupakan mentera yang digunakan untuk membuatkan kulit berkenaan diawet dan tidak dimamah tanah.
Selain mentera, tertera juga gambar harimau pada kulit tersebut.
Bagaimanapun, pertubuhan arkeologi Thailand Goopaitongdaeng Jeemokkho Goopainueng Soonpaed (GORR). mendakwa, tulisan mentera tersebut mungkin penyebab kematian mayat lelaki itu.
Jelas pertubuhan berkenaan, tatu itu mungkin menghalang lelaki terbabit menjalani pembedahan selepas mengalami radang usus.
"Lelaki itu tidak boleh menjalani pembedahan kerana kulitnya sukar dibedah dan akhirnya dia meninggal dunia dalam kesakitan," kata pertubuhan tersebut.
Punca kulit itu tidak terjejas tidak diketahui tetapi rata-rata penduduk Thailand percaya kejadian itu ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.
*Sehebat mana pun manusia akhirnya akan mati dan ada perhitungan dengan Sang Dewata(Allah)*
*Perkataaan DEWATA merujuk kepada pengunaan jawa lama terhadap Sang Pencipta*

Labels:
informasi
TERIMA KASIH SUDI BACA GERUN -jumpa mayat pengamal ilmu hitam mentera yang digunakan untuk membuatkan kulit berkenaan diawet dan tidak dimamah tanah.. TOLONG SHARE...!