Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tikam perut sendiri-mangsa dikatakan kecewa setelah disahkan doktor mengalami masalah penyakit gastrik.




Tikam perut sendiri kerana tak tahan gestrik|Polis Kelantan masih menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang buruh berusia 49 tahun yang menikam perutnya sendiri sehingga terburai ususnya dalam kejadian di Kampung Baru Keroh di Kuala Krai di sini, semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, melalui maklumat awal yang diterima, mangsa dikatakan kecewa setelah disahkan doktor mengalami masalah penyakit gastrik.

“Dalam kejadian terbabit, mangsa berada dalam bilik dan mengunci pintu seorang diri manakala anak dan isterinya berada di luar.

“Mangsa menggunakan golok kepunyaan sendiri dan kita turut mengambil senjata itu bagi tindakan lanjut. Melalui hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap kediaman mangsa juga tiada elemen jenayah berhubung kejadian itu,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 2, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan watikah pelantikan pemimpin kepada lebih 20 pelajar sekolah berkenaan dalam majlis terbabit.

Ab Rahman berkata, mangsa kini dilaporkan stabil di hospital Kuala Krai namun masih tidak sedarkan diri.

“Kita harap dapat mengenal pasti punca kejadian sebenar yang menyebabkan lelaki terbabit bertindak sedemikian,” katanya lagi.


http://eberita.org/tikam-perut-sendiri-kerana-tak-tahan-gestrik/












https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Tikam perut sendiri-mangsa dikatakan kecewa setelah disahkan doktor mengalami masalah penyakit gastrik.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top