Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

kisah hidupnya ketika zaman remaja apabila dihantar menimba ilmu di sebuah sekolah pondok di Kelantan -Datuk Aliff Syukri



KUALA LUMPUR – Sesiapa sahaja yang melihat karakter usahawan produk kecantikan dan kesihatan, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman di laman sosial pasti akan beranggapan beliau seorang yang sentiasa terbuka.

Malah di akaun laman sosial Aliff Syukri dilihat seperti teman karib kepada para pengikutnya kerana gemar berkongsi kisah peribadi serta perniagaannya.

Melalui akaun Instagramnya,  Pengasas D’Herbs Holding pada Isnin lalu turut berkongsi mengenai kisah hidupnya ketika zaman remaja apabila dihantar menimba ilmu di sebuah sekolah pondok di Kelantan


Menurut Aliff Syukri walaupun pada peringkat awal dirinya memberontak kerana di paksa untuk belajar di sekolah tersebut, namun akhirnya merasakan pengalaman tersebut merupakan satu pengalaman yang manis dalam hidupnya.

“Hati remaja saya berontak kerana dipaksa belajar di situ. Namanya pun budak remaja sedang naik, kan? Namun perlahan-lahan, ia menjadi satu perhentian hidup yang amat manis untuk dikenang.

“Lama-kelamaan hati menjadi suka, sehingga saya pun boleh ‘kechek Kelate’, hahaha,” ujarnya memetik kenyataan tersebut.

Menurutnya lagi walaupun sekolah pondok tersebut terpencil dan daif namun pengalaman di sana telah mengajar dirinya menjadi kental dan kuat untuk berdikari.

“Saya dikirim keluarga untuk menimba ilmu di sekolah pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan selama tiga tahun (tingkatan dua hingga empat), ia hanyalah sebuah sekolah pondok terpencil dan daif. Namun ia universiti manusiawi terhebat dan kerana pondok inilah saya menjadi kental dan kuat mengenal erti dunia sebenar.

“Ia mengajar saya begitu banyak nilai-nilai roh dan kemanusiaan. Ia mengajar saya mendalami, menghargai, menyayangi bahkan mensyukuri erti kesusahan (kerana) disana segalanya harus diurus sendiri (antaranya) membasuh pakaian (disebabkan) jauh dari mesin basuh, memasak (kerana) tiada ibu di situ.


“Saya berdikari, membulatkan jati diri sambil sesekali keluar meminta derma utk membesarkan masjid dan pondok..waktu tu org tak kenal siapakah abg terlajak laris dan saya seperti remaja normal yang lain,” ujarnya lagi.



http://www.suara.tv/2017/02/22/aliff-syukri-mengaku-hatinya-memberontak-dipaksa-belajar-di-sekolah-pondok/




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA kisah hidupnya ketika zaman remaja apabila dihantar menimba ilmu di sebuah sekolah pondok di Kelantan -Datuk Aliff Syukri. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top