Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

SAYA PERNAH TANYA NAJIB KENAPA BUAT GST-rosmah mansor




SAYA PERNAH TANYA NAJIB KENAPA BUAT GST: 

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor pernah bertanya kepada suaminya, Datuk Seri Najib Razak, mengapa ambil keputusan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun lalu.

"Saya pernah tanya kenapa buat GST, nanti orang (rakyat) marah. Dia kata, dia mahu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negara. Dia tidak mahu menjadi pemimpin populis," kata isteri Perdana Menteri, lapor Malaysian Digest .


Rosmah menegaskan, keputusan Najib melaksanakan GST adalah bersebab dan untuk kebaikan rakyat dan negara.
"Beliau buat sesuatu itu ada sebabnya. Mujur kita ada GST, dengan harga minyak jatuh dan (kalau) tiada GST, lagi susah," katanya.


Tambahnya lagi, Najib sentiasa berhempas pulas membangunkan negara dan tidak pernah berhenti memikirkan apa lagi yang mahu dilakukan agar rakyat dapat hidup lebih aman dan mendapat rezeki yang lebih.

Boleh pcaya ke dua firaun ni??!

fb-
Otai BERSIH-sumber



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA SAYA PERNAH TANYA NAJIB KENAPA BUAT GST-rosmah mansor. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top