Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

jurujual wanita mengaku mengambil gambar kemaluan dan payudara seorang (OKU)



AYER KEROH: Seorang jurujual wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan mengambil gambar kemaluan dan payudara seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) di sebuah kedai kasut, bulan lalu. 


Tertuduh, Najlaa Khairunnissa Mohd Younes, 20, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Analia Kamarudin selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengambil gambar kemaluan dan payudara seorang wanita OKU berusia 23 tahun. 

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di dalam sebuah kedai kasut di sebuah pasar raya di Taman Lagenda, Melaka, pada jam kira-kira 4 petang sebelum sambutan Tahun Baharu Cina. Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100.

 Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban memohon satu tarikh baharu bagi hukuman dan fakta kes serta mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000. Tertuduh dalam rayuannya memohon jaminan yang lebih rendah kerana hanya bekerja sebagai jurujual.

 Selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM500 dan menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA jurujual wanita mengaku mengambil gambar kemaluan dan payudara seorang (OKU) . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top