Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ya Allah, terkejut saya bila tengok anak hisap gula-gula yang mengandungi cecair manis yang menyerupai seperti pewangi ketiak deodorant.


Terkejut tengok anak hisap 'deodorant'


Oleh Apengg Impian

Ya Allah, terkejut saya bila tengok anak hisap gula-gula yang mengandungi cecair manis yang menyerupai seperti pewangi ketiak deodorant.

Betul-betul terkejut dibuatnya. Saya pun bertanyalah pada anak.

"Di mana abang beli gula-gula macam ini?" soal saya.

"Abang beli di luar pagar sekolah, ayah. Kenapa ayah tanya?" soalnya kembali.

"Tak adalah, ayah tengok gula-gula abang ini sama macam pewangi ketiak ayah. Abang jangan tunjuk kat adik tau benda-benda macam ini. Nanti adik ambil deodorant ayah dan dihisapnya pula. Kalau adik sakit perut, keracunan, muntah-muntah dan mati, macam mana?" peringatan awal saya berikan.

"Yelah ayah, sama macam deodorant ayah. Bahaya, adik tu dahlah kecik, lagi tak tahu apa-apa. Okey ayah, abang tak bawa balik ke rumah lagi gula-gula ini. Abang janji abang takkan tunjuk pada adik," katanya.

Wahai peniaga-peniaga di luar sekolah atau di mana-mana, tolong jangan jual gula-gula atau makanan ringan yang menyerupai pewangi orang dewasa atau botol-botol beracun. Bahaya untuk anak-anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa.
http://www.thereporter.my/2017/02/terkejut-tengok-anak-hisap-deodorant.html



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA Ya Allah, terkejut saya bila tengok anak hisap gula-gula yang mengandungi cecair manis yang menyerupai seperti pewangi ketiak deodorant.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top