Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Mansuhkan GST atau rakyat Malaysia berdepan kadar inflasi semakin tinggi

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan membatalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Jika kerajaan tidak mampu untuk membatalkan GST, sekurang-kurangnya kerajaan perlu menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi sebagai langkah mengurangkan beban rakyat.




ahmad maslan pernah mengatakan GST bagus
"Menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi tidak akan mengurangkan nilai kutipan GST kepada kerajaan kerana harga barangan yang lebih mahal akan mengimbangi penurunan kadar GST," katanya dalam kenyataan.

Beberapa hari yang lalu, RHB Research menjangka inflasi akan meningkat kepada tiga peratus tahun ini daripada 2.1 peratus pada 2016, katanya dalam satu nota penyelidikan.


Jangkaan itu dibuat berdasarkan harga bahan api yang lebih tinggi, penghapusan subsidi ke atas harga barang terpilih, peningkatan kos perniagaan serta penyusutan ringgit yang menyebabkan harga import yang lebih tinggi, katanya.

"Kadar inflasi naik kepada 3.2 peratus tahun ke tahun pada Januari 2017, daripada +1.8 peratus pada Disember dan November 2016. Ini disebabkan pemulihan dalam kos pengangkutan," katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa, iaitu tiga peratus pada 2017.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, ini bermakna harga barangan akan terus meningkat dan rakyat yang merana terpaksa lagi membayar lebih di bulan-bulan akan datang untuk segala jenis barangan pengguna.

https://mk-cdn.mkini.net/1062/2595a3706fc1ff69b85df917732acd4e.jpg
tuan ibrahim tuan man

"Apapun, kerajaan perlu beringat bahawa kadar inflasi sebenar adalah lebih tinggi di realiti.

"Kadar inflasi purata tidak menggambarkan keadaan sebenar yang dirasai rakyat marhaen kerana para peniaga tidak menaikkan harga barangan mengikut peratusan sebaliknya mengikut nilai sen," ujarnya.

Umpamanya, kata beliau, nasi lemak yang dijual pada harga RM2.00 tidak mungkin dinaikkan ke kadar RM2.08 mengikut kadar inflasi empat peratus, sebaliknya, akan dinaikkan harga 10 atau 20 sen yang bersamaan dengan lima peratus dan 10 peratus di sudut inflasi.

"Barangkali ini bukan berita buruk bagi kerajaan BN.

"Ini kerana harga barangan yang lebih tinggi bermaksud pungitan hasil GST juga akan meningkat.

"Sekiranya rakyat perlu membayar 6 sen untuk GST untuk harga satu barangan bernilai RM1.00 di pasaran, rakyat kini perlu membayar 7 sen, jika harga barangan itu dinaikkan ke RM1.15 di pasaran," tambahnya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Mansuhkan GST atau rakyat Malaysia berdepan kadar inflasi semakin tinggi. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top