Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pangkin jadi katil, dapur jadi bilik air.-hidup empat beranak yang hidup berhimpit dalam gerai buah






Kuala Lumpur: Pangkin jadi katil, dapur jadi bilik air. Itu gambaran kepayahan hidup empat beranak yang hidup berhimpit dalam gerai buah kerana kesempitan wang menyewa rumah sejak enam bulan lalu.

Nor Assmanizan Ismail, 25, dan suami Rihaipie Che Ibrahim, 27, tiada pilihan selain berlindung di gerai sempit itu bersama dua anaknya.

Lebih malang, anak bongsu pasangan itu Muhammad Afiq Faris berusia empat tahun yang menghidap Cerebral Palsy (CB) atau kelumpuhan otak tidur di kerusi malas dan hanya diberi minum air kosong biarpun memerlukan susu khas bagi pembesarannya.

Menurut Nor Assmanizan yang berasal dari Machang, Kelantan, enam bulan lalu dia berhijrah ke ibu negara untuk mengubah nasib keluarganya dengan membuka gerai buah-buahan di Pudu Ulu.

“Saya mengeluarkan semua wang simpanan berjumlah RM3,000 untuk membuka gerai buah di sini. Namun, perniagaan saya hanya maju pada bulan pertama dan kini pelanggan semakin berkurangan menyebabkan semua buah busuk kerana disimpan lama.






https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Pangkin jadi katil, dapur jadi bilik air.-hidup empat beranak yang hidup berhimpit dalam gerai buah. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top