Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Saya sakit nk bersalin kat hospital pun dia sempat jumpa perempuan lain. ...




sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum warga krt. Saja nak share story.
Usia perkahwinan dengan suami tak sampai 2tahun. Baru nie saya bersalin. Dalam pantang hari ke 31 saya diceraikan suami. Now baby baru nak masuk 2bulan. Punca suami kerap balik lewat sampai pukul 4 5 pagi. Kita tengah sakit lepas beranak sakit berjahit dia buat gitu siapa tak sakit hati. Boleh senyum ke korang sambut suami balik bila suami balik pukul 4 pagi korang tengah nyusukan baby? Suami balik lambat sebab dia melepak pulak tu. 


Bila tegur katanya bukan tiap malam pun. Kalau balik awal pun, balik mandi2 keluar lagi katanya ada hal dengan membe. Bini dengan membe dalam pantang mane lagi penting? Memang mak saya yang jaga. Tapi dia macam lepas tangan pulak. Pastu bila kita tegur sehari dua je ok balik awal. Pastu esok lusa balik lambat lagi. Macam tulah seterusnya. Hahaha. Tapi dia bila sebelum pergi kerja pagi kadang2 dia siapkan air mandian untuk baby.

 Letak air panas dalam flask. Itupun kadang2 bila disuruh. Tapi nak jugak buat. Bila balik awal berjaga main hp smbil jaga baby.
Bila dah jadi macam nie, masing2 menyesal. Saya ade ajak husband rujuk. Tapi dia macam taktahu buat keputusan. And dia macam nak. Rupanya mak dia tak bgi rujuk saya balik. Sebab tak bgi rujuk sebab mak dia nak kami muhasabah diri masing2. Kalau nak rujuk pun lepas setahun dua lepas masing2 berubah. Sebab dari saya ngandung suami dah buat hal.


 Tapi saya dengan keluarga mertua memg ok selama nie. Dengan mil memang kautim smpai husbnd sendiri jeles. Pasal perempuan takyah cerita. Bersepah. Smpai mertua masuk campur. Saya sakit nk bersalin kat hospital pun dia sempat jumpa perempuan lain. Tpi lepas dia tengok dgn mata kepala dia sendiri saya lahirkan anak dia, dia sendiri nampak saya sakit cmne, terus dia janji dah takde perempuan lain lagi dlm hidup dia selain saya. Dia kata bila dia tengok saya beranak, perasaan syg dia kat saya bertambah. Oklah saya percaya. Malas nk pikir byk. Hahaha

Balik pd cerita mertua tak bgi rujuk tu sbb mulut saya nie jenis main lepas je bila marah suami. Tpi siapa tak marah kalau asyik buat hal? Punca mil tahu sbb husband suka screenshot ws saya bila saya marah then anta kat mil. So kat situ mil dah nampak buruk saya tpi dia pun tak nafilah perangai anak dia selama nie mcm hantu. 😂


 
Pastu smlam husband chat membe saya dia bgtahu knp dia taknak rujuk saya even dia sygkan saya dan baby. Dia cerita dri sebelum saya ngandung dia dah sbar dgn perangai saya. Saya tak pernah sambut dia blik kerja. Saya tak pernah masak utk dia. (Memg pun sbb duk dgn mak saya😂) saya selalu marah tengking herdik dia. Mungkin dia nk saya senyum, suka, diam, support dia buat perangai. Hahahaha. Saya takde hak nk memberontak. Pastu kata saya nk dia lebihkan family saya. Bkn suh lebihkan tpi family saya broken. Saya plak tolong mak saya niaga. 


Tpi every weekend kitaorg balik tidur rumah dia. Tk lupa pun family dia.
Ex husb plak tak habis2 slahkan saya knp kami bercerai. Dia tetap nk ckp saya punca semua pdhal yg lafaz talak tu dia. Dia kata saya tak pernah nampak silap saya and tak habis2 slahkan dia. And belum tentu bila dia rujuk saya dlm iddah saya akn buat perangai lagi. Fil siap warning kalau husb rujuk saya dlm masa iddah nie husb jgn balik rumah dorg lagi. Hahaha oklah, now saya ngaku and sedar salah silap saya. Saya akan jadikan pengajaran dan belajar dr kesilapan. In shaa Allah lepas nie kalau ade jodoh lain saya akan cuba jadi yg terbaik. Skrg tgh belajar move on and saya akan bawak diri dgn baby kat tempat org sbb rumah kitaorg tak jauh. 


Sakit memg sakit dlm pantang tiap malam nangis. Nasib tak meroyan je. Pasal perangai dia biarlah malas cerita lebih2. Yg pasti sepanjang saya ngandung memg asyik berendam air mata smpai saya jadi pemberontak. Allah maha mengetahui setiap yg jadi. Takpelah kalau saya dipersalahkan. Just minta doakan saya kuat besarkan baby sorang2. 😊 Dia rela berpisah dgn anak bini dia yg sanggup susah payah dgn dia selama nie even dia takde duit sesen pun. Bgi dia duit belanja sebelum pi kerja even tu duit yg terakhir saya. 

Dia lupa semua tu.
Harap2 dia istiqomah nk muhasabah diri and harap dia jumpa jodoh yg jauh lebih baik dri saya. Kitaorg masih muda so perjalanan masih jauh. Saya redha. Muda2 dah jadi janda anak satu aihhh. Hahahaha. 😂 Pasal nafkah mil akan make sure tak kurang RM300 dia bgi kat anak dia. 😊
P/S: saya rasa cerita saya byk melalut tpi inilah kenyataan. TQ siapa yg sudi baca



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Saya sakit nk bersalin kat hospital pun dia sempat jumpa perempuan lain. .... TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top