NENEK BERUSIA 75 TAHUN DIROGOL PENJUAL KAIN PAKISTAN | Seorang nenek tidak menyangka hutang membeli kain sebanyak RM20 bertukar detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol saudagar kain warga Pakistan di rumahnya di sini kelmarin.
Kejadian menyedihkan itu berlaku ke atas mangsa yang berusia 75 tahun kira-kira pukul 9 pagi ketika saudagar kain terbabit datang ke rumahnya untuk mengutip wang tersebut.
Menurut sumber, ketika didatangi suspek pada hari kejadian, mangsa yang merupakan seorang suri rumah masih mengatakan tidak mempunyai wang untuk melangsaikan hutang tersebut.
Difahamkan, mangsa berhutang kain berjumlah RM30 dan baharu sahaja membayar sebanyak RM10.
“Berang kerana banyak kali datang dan asyik diberikan alasan sama, suspek bertindak menutup pintu rumah serta menarik tangan mangsa.
“Mangsa yang enggan berganjak dari kerusi memaksa suspek bertindak membuka pakaian mangsa sebelum merogolnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah sumber itu lagi, mangsa kemudian membuat laporan polis di balai polis berhampiran kira-kira pukul 9 malam hari sama.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati, mangsa merupakan seorang ibu tunggal yang kematian suami dan mempunyai enam anak masing-masing telah berumah tangga.
Dalam pada itu, kata sumber itu, polis kini giat memburu seorang lelaki warga Pakistan dikenali sebagai Pariwit dipercayai berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. UTUSAN
http://eberita.org/nenek-berusia-75-tahun-dirogol-penjual-kain-pakistan/
Labels:
kejam
TERIMA KASIH SUDI BACA kerana rm 20 seorang nenek menjadi mangsa pakistan puaskan nafsunya. TOLONG SHARE...!