Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

5 anak2 saya semua sudah berkahwin dan saya mempunyai 15 cucu..umur saya 60 tahun layakkah saya berkahwin no.2

*SAYA DALAM DILEMA..*
Nama saya Hj Sayuti. Kadangkala memang rasa Sayu Di Hati.. Umur 60 tahun. Sejak pencen 5 tahun yang lalu, saya banyak menghabiskan masa di masjid sahaja, maklomlah masa di kerja di Bank dulu asyik kerja kerja dan macam-macam lah..

Saya ke masjid untuk solat fardhu 5 waktu dan hadiri majlis2 ilmu. Itulah rutin harian saya sejak pencen untuk mencari bekalan akhir serta cuba cover mana dosa2 yang bnyk dahulu.
5 anak2 saya semua sudah berkahwin dan saya mempunyai 15 cucu. Hidup rasa cukup lengkap dengan tiada apa lagi tanggungjawab lain dan masa dapat di isi dengan aktiviti sendirian serta amal ibadat. Isteri juga sudah rehat sepenuhnya. Dah pencen semuanya.

Dikejiranan saya, 2 rumah sebelah rumah saya, tinggal seorang wanita yang telah kematian suami akibat kemalangan. Biarlah saya panggil dia sebagai Ani, yang berumur 39 tahun dan masih cun dan baik orangnya. Pagi2 beliau keluar bekerja dan menghantar anak2 kesekolah. Petangnya pula kedua dua anak beliau perempuan umur 11 dan 12 tahun mengaji dengan isteri saya. Selalunya isteri saya akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 ini kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas waktu maghrib. Jem barangkali...

Saya sendiri juga jarang juga berbual dengan Ani, sehinggalah pada satu pagi Sabtu selepas kuliah di masjid yang mana Ani juga hadir. Tanpa saya duga Ani telah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya.
"Saya tahu Abang Aji terkejut, tapi Ani dah fikir masak2, anak2 Ani pun kenal dan baik dengan Abang Aji serta isteri abang. Ani ikhlas".

"Isteri abang pasti pengsan dengar ni"
"Kita kawin senyap2 je bang..." balas Ani meyakinkan.
Sejak pagi itu saya jadi tidak keruan. Apa patut saya buat? 

Ani memang janda menawan, ada kerjaya, ada kereta dan rumah sendiri. Tuah ayam nampak di taji, tuah org siapa yang tahu... dilemma...

Bantulah saya...😂😂
Ini soalan ramalan peperiksaan tahun ini..

Bincangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang dan cadangkan cadang terbaik buat Hj Sayuti.. (markah 50%)



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA 5 anak2 saya semua sudah berkahwin dan saya mempunyai 15 cucu..umur saya 60 tahun layakkah saya berkahwin no.2. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top