Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

pelanggan berang kerana dicaj rm 0.65 setiap mangkuk mee dipesan sanggup potong kepala pemilik kedai




 HUBEI, CHINA - Tidak berpuas hati dengan caj harga makanan yang dikenakan lebih 65 sen, seorang pelanggan tergamak memotong kepala pemilik restoran dalam pergaduhan Sabtu lalu, lapor South China Morning Post.

Lelaki berusia 22 tahun dari wilayah Sichuan itu ditahan serta merta di tempat kejadian.


Difahamkan suspek telah memesan tiga mangkuk mee, namun tidak lama kemudian suspek mendapati caj harga yang dikenakan melebihi 1 Yuan dan mula bertelagah dengan pemilik restoran.

Mangsa juga dilaporkan berkata, "Jangan makan mee itu kalau kamu tidak mampu membayarnya.".

Berang dengan kata-kata itu, suspek mula menyerang mangsa dan memotong kepalanya menggunakan pisau dapur serta membuangnya di tong sampah berhampiran.

Video kejadian yang mengerikan itu menunjukkan mangsa menjerit kesakitan sebelum maut di tangan suspek.

Suspek ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan. Darah mangsa di tempat kejadian masih kelihatan ketika suspek ditahan.


Seorang rakan kepada mangsa berkata, pemilik restoran yang berusia 42 tahun itu telah tinggal dengan anak lelakinya berusia 13 tahun sejak bercerai lima tahun yang lalu. Mangsa seorang lelaki yang jujur dan tidak pernah menipu pelanggannya.

Netizen tidak menolak kemungkinan bahawa suspek mengalami masalah mental namun pihak berkuasa menafikan dakwaan itu. - The Reporter







https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA pelanggan berang kerana dicaj rm 0.65 setiap mangkuk mee dipesan sanggup potong kepala pemilik kedai. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top