Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

SKIM PAK MAN TELO DAN RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH TAK INSAF

SKIM PAK MAN TELO DAN RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH TAK INSAF

Dari tahun 90an, warga Malaysia masih tak insaf-insaf dengan skim pyramid dan money game ini.
Jumlah keseluruhan yang wang yang diambil oleh Skim Pak Man Telo dianggarkan mencecah RM99.09juta untuk kesalahan kedua dan RM20juta untuk kesalahan pertama. 

Dari sejarah, kita boleh lihat apabila kali pertama Pak Man Telo dihadapkan ke mahkamah, terdapat ramai orang yang berkumpul di luar Mahkamah dan berkali-kali melaungkan "Hidup Pak Man!"
Tetapi, money game tetap money game. Setelah mengumpul deposit sebanyak RM99.09 juta, skim Pak Man Telo bungkus. Waktu tu, barulah 50 ribu pelabur resah dan sedar yang mereka tertipu. 

Ada yang dapat balik duit, tetapi bukan keseluruhan. Ramai yang duitnya hangus dan terpaksa lari daripada orang ramai akibat berhutang sana sini.
Kes Pak Man Telo lebih tinggi kerugiannya daripada skandal berprofil tinggi seperti kes Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang kehilangan lebih RM22juta.

Selain skim Pak Man Telo, terdapat lagi skim cepat kaya yang mengaut lebih 200 juta duit pelabur. Antaranya adalah
1. Skim 350 (mengumpul deposit RM70 juta)
2. Skim Tingcon Credit Development Sdn Bhd (RM60 juta)
3. Skim Permata Bakti (RM30 juta)
4. Skim 120 (RM20 juta)
5. Skim Permata Mahir (RM19 juta)
6. Skim Sri Emas Enterprise (RM10 juta)


Formula lama masih lagi berlegar hingga kini. Cuma kali ini mereka lebih tricky dan lebih nampak meyakinkan. Ada yang tak nampak produk secara fizikal, ada yang nampak secara fizikal. Tetapi semua itu money game. Antara contoh skim palaburan moden yang dah tersonotot adalah seperti:

1. Aziera Gold Enterprise
2. Mecca Fund Global
3. Highway Group Resources
4. HG Resources
5. Zenith Gold International Limited
6. Safeena Gold Galery 


dan banyak lagi sebenarnya. BNM Sendiri dan senaraikan lebih 261 skim yang sebenarnya ulang formula Pak Man Telo.
Sampai bila kamu semua nak sedar? Dah tersontot macam pelabur skim Pak Man Telo dan mencetus fenomena baru nak insaf? 

Yang kelakarnya, skim yang ditawarkan kononnya patuh syariah, tetapi sebenarnya skim cepat kaya ini adalah riba yang terang lagi bersuluh.
Ya, kamu malas nak melabur di ASB, Tabung Haji, PNB, Unit Trust, dan lain-lain yan pulangan sedikit (di bawah 10%) dalam setahun. 

Tetapi itulah skim perlaburan yang lebih selamat berbanding dengan skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan lebih 100% dan ada yang menawarkan sehingga 1000% pulangan, tetapi sebenarnya kena tipu. 

Money game is money game. Jangan jadi seperti pengikut Pak Man Telo yang tunggu luar mahkamah dan melaungkan "Hidup Pak Man". Entah-entah dalam kepala Pak Man Telo ketika itu,
"Bodoh semua orang ni. Kena tipu hidup-hidup pun masih bangang. Orang bangang memang layak ditipu berkali-kali".

Rujukan
1. http://arkibnegara.blogspot.my/…/skim-cepat-kaya-pak-man-te…
2. http://www.bnm.gov.my/documents/2016/20160307_FCA_EN.pdf

-AR-
*Gambar menunjukkan penyokong Pak Man Telo yang disontot mengangkat dan melaungkan "Hidup Pak Man".
 https://www.facebook.com/pswatch1/posts/1589997854344486:0




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA SKIM PAK MAN TELO DAN RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH TAK INSAF. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top