Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Cubaan samun di McDonald's Alma gagal, ditangkap staff dan pelanggan.


Lokasi: Alma, Bukit Mertajam.
----------------------------------------------------------------------------
Update

Bukit Mertajam: Suspek kejadian samun sebuah restoran makanan segera yang tular di media sosial sejak malam tadi sudah dituduh dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam.

Mahkamah juga membenarkan ikat jamin RM3,000 ke atas tertuduh. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam kejadian 10 Februari lalu itu, suspek berusia 19 tahun diberkas orang ramai selepas melarikan laci wang daripada mesin daftar tunai restoran berkenaan.

Beliau berkata, suspek yang baru sehari bekerja di situ membuka tingkap kaunter pandu lalu dari dalam sebelum melarikan laci berkenaan dengan dibantu seorang rakannya yang sedang menunggu di luar tingkap.

"Kejadian itu bagaimanapun disedari pekerja lain sebelum bertindak mengejar suspek yang melarikan diri dengan motosikal. "Suspek bagaimanapun terjatuh bersama laci wang berkenaan manakala rakannya berjaya melarikan diri," katanya.


Menurutnya, suspek kemudian diberkas orang ramai yang berada di kawasan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.
Nik Ros Azhan berkata, di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam semalam, suspek minta dibicarakan selepas dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan sebelum mahkamah membenarkan ikat jamin RM3,000 ke atasnya. 

Kredit : Harian Metro



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Cubaan samun di McDonald's Alma gagal, ditangkap staff dan pelanggan. . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top