Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Suka Minum Air Cincau - Sebalik Cincau Yang Korang Mungkin Tak Nak Tahu, Sedap kata kan


Cincau merupakan jenis agar – agar yang popular dikalangan rakyat Malaysia dan juga negara Asia yang lain. Air Cincau dikenali ramai kerana khasiatnya yang dikatakan menjadi penyejuk badan.

Tapi tahukah anda apa sebenarnya bahan asas cincau ni? Bahan asas cincau adalah tumbuhan keluarga mint iaitu Mesona chinesis yang mengandungi kalium karbonat. Pokok ini banyak tumbuh dikawasan seperti di Asia Tenggara dan juga banyak di negara China dan Taiwan.

Dalam proses membuat Cincau, tumbuhan ini dipercayai dimasak dengan campuran tepung tapioca atau agar-agar powder supaya menjadi jelly cincau.

Cincau hitam merupakan bahan ramuan jenis agar-aga yang sangat di minati dan biasanya dicampurkan dalam minuman cincau.

Minuman Cincau bukan sahaja menyejukkan badan tetapi secara ilmiah banyak khasiat lain diperolehi daripada cincau. Lazimnya cincau akan menurunkan panas dalam dan ia juga mencegah gangguan sistem pencernaan dan memudahkan untuk buang air besar.

Cincau juga mampu untuk mengatasi masaalah perut kembung. Cincau turut dikatakan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan kadar kolesterol. Selain itu katanya cincau mengatasi masaalah sakit perut (diare) dan mengurangkan masaalah batuk dan mengelakkan sembelit dan paling menakjubkan ia didakwa sebagai bahan antikanser.

Daripada kajian makmal mendapati tumbuhan cincau ini mengandung zat sejenis karbohidrat yang mampu menyerap air sehingga daunnya menjadi padat.


http://gambirpanas.blogspot.my/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Suka Minum Air Cincau - Sebalik Cincau Yang Korang Mungkin Tak Nak Tahu, Sedap kata kan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top