Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Padah ubah 'WA 8055 T' jadi 'WA BOSST'



Kuala Lumpur: Tindakan seorang pekerja kedai besi mengubah nombor pendaftaran kereta WA 8055 T menjadi perkataan WA BOSST membawa padah apabila dia ditahan polis trafik di Jalan Raja Laut di sini.

Lelaki berusia 23 tahun itu yang memandu kereta model Honda Jazz ditahan menerusi Op Roda Khas dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bermula jam 10 malam hingga 2 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, lelaki itu antara 11 individu termasuk dua remaja bawah umur ditahan hasil pemeriksaan dilakukan anggota bertugas.
Katanya, operasi membabitkan 68 pegawai dan anggota yang ditempatkan di tiga lokasi di Jalan Raja Laut menghala Chow Kit, Jalan Bangsar menghala ke Kuala Lumpur dan Jalan Tun Abdul Rahman menghala ke Dataran Merdeka, di sini.

“Menerusi operasi dilakukan di tiga lokasi ini, sebanyak 399 saman dikeluarkan dan 13 individu mempunyai waran tangkap akibat tunggakan saman diberkas.
“Seramai 11 individu ditahan dan dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut antaranya membabitkan kesalahan menggunakan nombor pendaftaran kereta palsu, menaiki motosikal curi (1 kes), memandu dan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol (4 kes), warga asing tidak memiliki dokumen termasuk pasangan remaja bawah umur berusia 16 dan 14 tahun yang menaiki motosikal tanpa lesen.

“Polis turut menahan seorang lelaki memandu kereta Proton Iswara dipercayai penagih dadah susulan penemuan botol berisi air ketum,” katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Padah ubah 'WA 8055 T' jadi 'WA BOSST'. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top