Terkejut lelaki masuk tandas wanita
KULIM - Isu keselamatan di tandas awam semakin menghantui pengguna terutama dalam kalangan wanita.
Terbaharu, seorang peniaga, Asmaniza Abdullah, 23, mendakwa terkejut apabila melihat pengguna lelaki masuk ke dalam tandas awam wanita ketika singgah di stesen bas Kulim pada Ahad lalu.

"Ketika dalam perjalanan ke kedai, saya singgah di stesen bas itu untuk
membuang air kira-kira jam 12 tengah hari. Ramai orang ketika itu
terutama warga asing. Ketika beratur untuk buat bayaran di kaunter, saya
terkejut lihat ada seorang lelaki warga asing masuk ke dalam tandas
wanita.
"Saya kemudian beritahu penjaga kaunter, tapi kecewa dengan alasan diberikan. Penjaga kaunter mengakui kejadian seperti itu kerap berlaku di situ, tapi dia tak boleh buat apa-apa. Dia hanya minta saya kunci pintu betul-betul kalau nak gunakan juga tandas tersebut.
"Saya tunggu kira-kira lima minit di luar, tapi lelaki tersebut tidak juga keluar membuatkan saya membatalkan niat untuk menggunakan tandas di situ,” katanya.
Sementara itu, penjaga tandas Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Mohd Sani Asri, 50, mengakui menerima aduan daripada seorang gadis mengenai perkara tersebut pada Ahad lalu.
Menurutnya, dia sentiasa mengawasi pergerakan orang awam yang mahu menggunakan tandas di situ terutama dalam kalangan warga asing.
Katanya, kejadian itu berlaku mungkin disebabkan mereka cuba mencuri masuk untuk mengelak daripada membayar caj dikenakan.
“Memang saya ada terima aduan daripada seorang perempuan. Saya minta dia tunggu di luar, agak lama saya perhati pintu tandas wanita, tapi tak ada sesiapa keluar.
“Selalunya pada hujung minggu memang ramai warga asing akan menggunakan tandas di sini. Memang ada lelaki warga asing kerap tersilap masuk tandas, saya akan segera tegur dan minta mereka gunakan tandas lelaki.
"Saya kerja seorang saja, nak layan pelanggan beli gula-gula, nak bayar duit, jadi kalau ada ambil kesempatan guna pintu yang agak terlindung, memang saya tak sedar. Selalunya mereka tak mahu bayar duit masuk tandas, tapi kalau nampak, memang saya akan tegur dan marah,” katanya.
Justeru, kata Mohd Sani, pengguna terutama wanita perlu lebih berhati-hati menggunakan tandas awam dan memaklumkan segera kepada petugas sekiranya mendapati ada perkara pelik berlaku.
“Setakat ini tandas di sini masih selamat, tiada perkara tak diingini berlaku seperti disebarkan di media sosial. Tapi saya minta pengguna berhati-hati termasuk dengan tidak meninggalkan barang berharga di dalam tandas,” katanya.

Labels:
kisah
TERIMA KASIH SUDI BACA Terkejut lelaki masuk tandas wanita ketika singgah di stesen bas Kulim . TOLONG SHARE...!