Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Seorang pemancing terpaksa menahan sakit bagi mengeluarkan mata kail yang tercangkuk dan melekat menembusi kulit berhampiran mata kanannya

BAGAN SERAI: Seorang pemancing dikejarkan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai bagi mengeluarkan mata kail yang tercangkuk dan melekat menembusi kulit berhampiran mata kanannya, sebentar tadi.
Mangsa, Aely Fazirin Abu Bakar, 30, dibawa menaiki ambulans oleh anggota Klinik Kesihatan Telok Medan, dekat sini. 

Kejadian berlaku ketika mangsa memancing ikan haruan.
Ketua BBP Bagan Serai, Abdul Jalil Nasir berkata, pihaknya memotong dan menanggalkan mata kail berkenaan sebaik mangsa tiba di balai pada jam 7.15 malam. 

"Kami terpaksa menggunakan pemotong khas bagi memotong dan menanggalkan mata kail yang sudah berkarat itu. 

"Pihak bomba mengambil masa kurang lima minit bagi menanggalkan mata kail berkenaan," katanya, di sini, sebentar tadi.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Seorang pemancing terpaksa menahan sakit bagi mengeluarkan mata kail yang tercangkuk dan melekat menembusi kulit berhampiran mata kanannya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top