Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Arked Niaga Padang Besar Cekik Darah! - Ini luahan Mangsa-Mangsa Yang Terkena Tapi KPDNKK Kata Harga Tak Mahal?

“KEPADA Majlis Perbandaran Kangar (MPK), mohon tolong tengok sat berkaitan pengusaha gerai makanan di Arked Niaga Padang Besar, harga melampau-lampau, dah la warga asing“.


Itu luahan tidak puas hati seorang pengguna Facebook terhadap sebuah gerai makanan di Padang Besar, Perlis, di sini gara-gara mengenakan harga makanan yang tidak munasabah.

Menurut Humunir Hamzah, dia terkejut setelah melihat bil makanan yang diterima selepas menjamu selera bersama dua rakannya di gerai berkenaan yang dipercayai milik warga Thailand.

“Kami pesan nasi kosong, telur dadar dan sup perut untuk dua orang makan, manakala seorang lagi pesan kway teow dan tom yam daging dan kami semua minum tiga gelas air teh o ais. Tahu berapa harga dikenakan? RM42!


jeng4


“Bila ditanya, kenapa mahal sangat, pengusaha itu memberikan alasan bahawa nilai mata wang Malaysia jatuh dari mata wang Thailand.

“Dia tak tahu ke yang dia berniaga di Malaysia, bukan di Thailand dan sudah tentu mereka perlu menggunakan mata wang Malaysia,” katanya.

Berdasarkan komen netizen pada aduan Hamunir itu juga mendedahkan mereka pernah menjadi mangsa gerai berkenaan.

“Baru jaa terkena sebab mak yang pi bayaq, dua pulut durian, satu pulut mangga satu kerabu meggi ,tiga sirap, semua sekali dalam RM 40.00,” tulis Cik Ika

“Ramai orang dah kena memang mahal melampau. Kami dah kena sejak tu kami pi Padang Besar tak makan dah di sana,” kata Ros Chempawan

Sementara itu, Norsyaleewati menulis; “ Saya pun dah kena, betul-betul mahal situ, kerabu megi bodo je pun dah RM8, bukan ada bahan banyak pun, tak termasuk yang lain, lepas ni kalau pi tak akan makan dah di situ 😶,”.

Dalam pada itu Reswan Ramli turut memuat naik komen; ” Pulut pelam tiga hiris sahaja RM7, Pulut durian tiga ulas sahaja RM12. Nalaaaaa… punya harga.”

Justeru, Hamunir mendesak agar pihak berwajib mengambil tindakan terhadap pengusaha gerai makanan milik warga asing terbabit yang telah mengambil kesempatan terhadap pelanggan di atas alasan yang tidak munasabah.

Dalam laporan Harian Metro, 13 Oktober lalu, anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis pernah menyerbu gerai makanan di kawasan tumpuan pelancong itu.

Bagaimanapun, KPDNKK mengatakan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha makanan kerana setiap premis mematuhi peraturan dengan meletakkan tanda harga makanan di setiap premis mereka.

Malah, KPDNKK Perlis menganggap harga makanan di situ tidak mahal. – MYNEWSHUB.CC



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Arked Niaga Padang Besar Cekik Darah! - Ini luahan Mangsa-Mangsa Yang Terkena Tapi KPDNKK Kata Harga Tak Mahal?. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top