Kisah Suami, Isteri, Perempuan dan Gula-gula.
Sepasang suami isteri di sebuah kompleks membeli-belah sedang duduk berehat di suatu tempat khas yang tersedia di situ. Si suami bolehlah dikatakan handsome. Cuma kulitnya tidak berapa cerah jika hendak dibandingkan dengan isterinya. Si isteri pula kecil molek, cute je. Bertudung litup, berjubah dan berstoking.
Tidak berapa jauh dari tempat mereka berehat, duduk sepasang merpati sejoli (tidak dapat dipastikan, samada suami isteri atau tidak). Yang lelaki biasa-biasa saja. Yang perempuan…
Mata si suami tadi asyik mencuri pandang ke arah si perempuan. Bertudung… tapi singkat. Tampak segala bentuk gunung-ganang lurah dendam. Bertudung, pakai t-shirt dengan jeans low-cut. Duduk pula terkangkang. Haiyo…
Sudahlah begitu tersengih-sengih macam kerang busuk apabila sering dipandang dan dijeling oleh lelaki-lelaki yang lalu-lalang. Bangga? Suka?
Apabila mata si suami tadi berbalas pandang dengan mata galak si perempuan… terlukis senyuman semanis gula di bibir keduanya. Lelaki di sebelah si perempuan bagai tidak wujud lagi. Kini, si suami dan si perempuan saling berbalas-balas senyum. Syaitan di tengah-tengah ketawa suka. Bersorak gembira. Yahoo! Dua lagi anak Adam bakal masuk perangkap.
“Cantiknya dia! Seksi. Gebu. Awww… geramnya!” hati si suami bergelora, resah. Isteri di sebelah hanya bercakap seorang-seorang. Tapi dia perasan, mata suaminya tertuju ke mana. Si isteri tersenyum, lalu menepuk bahu suaminya. Terkejut si suami. Maklumlah, nikmatnya tadi memerhati ‘hidangan terbuka’ di depan mata, tebantut pula.
“Berkenan ke?” selamba si isteri menyoal. Matanya melirik perempuan yang dimaksudkan. Kini sedang bertempuk tampar dengan pasangannya.
“Eh, taklah!” suami tergugup.
“Saya perasan abang tengok dia sejak tadi. Cantiknya dia, kan? Kalau abang nak, saya boleh rekomenkan. Betul ni. Ikhlas!”
Si suami termalu sendiri. “Apa yang merepek ni? Abang tengok je, bukan bermaksud terus berkenan…”
Isteri senyum lagi. “Tengok sekali, tak mengapa. Tengok dua, tiga kali… main-main mata tu dah berdosa, haram hukumnya. Marilah saya halalkan. Saya betul-betul ikhlas ni. Tak naklah saya suami yang saya sayang sangat-sangat ni gila bayang nanti. Makan tak kenyang, tidur tak lena… nanti sakit pula, siapa yang susah?”
Gulp! Si suami tertunduk. MALU! Kata-kata si isteri bagai tamparan maut yang baru menghujat nyawanya.
“Abang, kenapa diam? Saya ulang sekali lagi…”
“Abang minta maaf, sayang. Abang salah. Abang berdosa.”
Isteri hanya tersenyum. Terus tangannya digamit pergi oleh si suami. Mereka beredar pergi, tanpa si suami menoleh langsung pada si perempuan tadi… yang tertunggu-tunggu untuk diperhatikan dan diberikan senyuman… juga dibalas senyumannya oleh si suami. Tapi… hampa!
Perempuan ni ibarat gula-gula sebenarnya. Cuba lihat perempuan yang berpakaian seksi. Tak cukup kain. Atau pakai yang sendat dan ketat. Singkat lagi padat. Aduh, macam karung nangka. Baginya itu cantik. Menampakkan bentuk tubuh itu… cantik. Betul… cantik itu subjektif.
Cuba lihat perbandingannya. Sebiji gula-gula yang sudah dibuka bungkusannya terjatuh ke tanah. Sanggup pungut dan makan balik? Sanggup kut…tapi mesti basuh dulu, itu pun kalau tak geli. Kalau geli, dibiarkan sahaja ia jatuh, tak sanggup nak pungut. Tiada sesiapa pun yang sudi nak ambik. Dah kotor, terkena tanah dan kuman. Lepas tu, semut pun datang, hurung beramai-ramai. Akhirnya… tamatlah riwayat si gula-gula tadi.
Tapi… kalau gula-gula itu belum dibuka bungkusannya, jatuh ke tanah… ia masih boleh dimakan. Sebab? Masih terbungkus elok. Dalamnya terpelihara, tak terkena kotoran. Jatuh pun, semut tak pandang.
Nampak tak? Perempuan yang tidak berpakaian mengikut syariah (mencolok mata hingga membuatkan mata kaum lelaki terjojol keluar), tidak dapat lari daripada pandangan mata liar dan bernafsu dari kaum lelaki. Silap hari bulan, jadi mangsa rogol. Kalau dah hari-hari tunjuk, apa lagi yang tinggal untuk bakal suami? Dah jadi ‘santapan’ umum. Tiada yang istimewa. Sedangkan, yang istimewa itu sewajarnya dijaga…dipelihara…disembunyikan… bukan untuk ‘dinikmati’ beramai-ramai.
Yang lelaki pula… tak kisahlah bujang atau suami orang. Jagalah pandangan mata kalian. Memelihara pandangan mata dari memandang hal-hal yang diharamkan oleh Allah merupakan akhlak yang mulia. Rasulullah SAW menjamin mereka yang menjaga pandangan mata akan masuk syurga.
Sabda Baginda yang bermaksud: “Berilah jaminan padaku enam perkara, maka aku jamin bagi kalian syurga. Jika salah seorang kalian berkata maka janganlah berdusta, jika diberi amanah janganlah berkhianat, jika dia berjanji janganlah menyelisihinya, tundukkanlah pandangan kalian, cegahlah tangan-tangan kalian (dari menyakiti orang lain), dan jagalah kemaluan kalian.” (HR.Ath-Thabrani).
Sesungguhnya…MALU ITU IMAN!
Moga kita semua tergolong dalam hamba-hamba-NYA yang berfikir. Aamiin.
Syukran, ya admin

Labels:
perkahwinan
TERIMA KASIH SUDI BACA Kisah Suami, Isteri, Perempuan dan Gula-gula.. TOLONG SHARE...!