SEORANG lelaki yang menjadi mangsa kritikan netizen gara-gara komennya terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V, mengemukakan permohonan maaf secara rasmi menerusi akaun Facebooknya.
Mohd Faiz, dalam status yang dimuat naik pada Sabtu, mengakui keterlanjurannya menulis status yang berbaur kritikan terhadap YDPA, yang dimuat naik pada Jumaat.
Jelas Mohd Faiz, status itu ditulis atas dasar ingin memberikan pendapat, dengan harapan ia sedikit sebanyak berguna untuk menambah baik pentadbiran dan kepemimpinan di negara ini.
Status itu antara lain menyebut seorang YDPA bukan sahaja perlu mempunyai sikap soleh spiritual, tetapi juga soleh sosial.
Meskipun Mohd Faiz cuba menyampaikan pendapatnya secara umum, namun dalam status dalam akaun Facebooknya itu, malangnya, tidak disertai bahasa yang santun, serta menggambarkan nilai budi bicara yang tidak elok.
Katanya, tidak pernah terlintas di fikirannya mahu menjatuhkan apa lagi bersikap biadab dengan terhadap Sultan Muhammad V yang baru seminggu memegang tampuk pemerintahan negara.
"Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi Raja-Raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan Melayu di Malaysia ini.
"Itulah yang dimaksudkan dengan Kesolehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini. Institusi Raja bukan sahaja Soleh Spiritual, malah Soleh Sosial (dengan maksud mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial)," tulis Mohd Faiz.
Sementara itu, portal Sinar Harian melaporkan, Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihak mereka belum dapat mengenal pasti jika Mohd Faiz adalah ahli parti itu.
Ini adalah kerana dalam salah satu foto yang diletakkan di akaun Facebooknya, Mohd Faiz berdiri di sebelah poster parti Amanah.
"Semakan status keahlian individu itu masih dilakukan,” kata Shazni.

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Hina Agong, Ini Komen Naib Ketua Pemuda Amanah Mengenai Status Keahlian Parti Amanah Mohd Faiz . TOLONG SHARE...!