Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Haram jika niat ingin menjatuhkan NAJIB apatah lagi menghasut rakyat-Datuk Mohamad Shukri Mohamad





KUALA LUMPUR – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan orang ramai supaya tidak termakan ‘hasutan’ Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian, selepas tindakan kedua pemimpin parti BERSATU itu mahu menjatuhkan Najib secara terbuka.

“Haram jika niat ingin menjatuhkan pemimpin apatah lagi menghasut rakyat seperti yang diluahkan Muhyiddin dan Tun Mahathir secara terbuka baru-baru ini.

“Sejarah Wali Songo berhadapan dengan kerajaan Majapahit sangat kejam terhadap rakyat di tanah jawa. Para wali sendiri tidak berani menjatuhkan pemimpin (Umaroq). Adakah ilmu kita lebih daripada pengajian wali ini?,”soalnya.

Beliau turut mempersoalkan adakah kepimpinan Najib terlalu kejam sehingga menentang Islam.


“Kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib tidak sekejam kerajaan Majapahit, kenapa kita perlu jatuhkan beliau adakah beliau menghalang penyebaran Islam di negara ini?”soalnya lagi.

Terdahulu, parti BERSATU membawa Deklarasi Rakyat secara terbuka yang mendesak Najib berundur. – SuaraTV | PRU14

Nota Ana Ghoib:  Kenyataan mufti Kelantan mengenai haram dikaitkan dengan wali songo ini disiarkan TV3 sebentar tadi kebetulan teringat pula masa muda dahulu Ana Ghoib sering membaca babad jawa dan kisah wali songo namun kini mata sudah kabur terbatas sedikit.

Dalam mempertahankan Najib, mufti Kelantan merujuk tindakan wali songo tidak menentang umarak [pemerintah hindu majapahit] amat diragui.

Amat tidak baik jika mufti Kelantan menggunakan nama dan polisi serta bicara yang tiada sumber bertulis dalam sejarah untuk membuktikan rasional bahawa wali songo tidak menentang majapahit kerana patuh umara sebagaimana digariskan Al Quran dan Hadis dan semudah itu  diumpamakan sama dengan tindakan Mahathir dan Muhyiddin.

Wali Songo tidak menjatuhkan kerajaan majapahit yang zalim?

Runtuhnya kerajaan majapahit kerana konflik keluarga, agama, politik dan perang saudara langsung melibatkan kuasa asing  termasuk cina dan portugis.

Kejatuhan kerajaan Majapahit – Raden Fatah dan wali songo antara pemain percaturan kuasa ini.

Versi perang antara Demak dan Majapahit dicatatkan terutama Babad Tanah Jawi dan Serat Kanda mengisahkan, Sunan Ampel [wali songo] melarang Raden Fatah memberontak terhadap Majapahit kerana meskipun berbeza agama, Raja Brawijaya tetap ayah beliau. [rujukan SINI]

Jadi dimana yang dikatakan wali songo tidak berani dan patuh umara meski mereka zalim dan umpama juga Najib yang didakwa zalim.

Kalau Najib tidak kejam tapi macainya kejam kerana membuat laporan polis terhadap penulis hanya kerana menyatakan berita benar di media langsung disuruh ke balai dan dibacakan akta bahawa boleh dipenjara 2 tahun dan denda jika tidak mampu bayar harta akan disita.

Bukankah itu zalim wahai tuan mufti mungkin tidak terkena diri kamu sendiri barangkali?

Bukankah juga Islam itu agama yang benar dan Allah itu BENAR HAK maka itu disebutkan di dalam Al Quran orang yang menentang kebenaran itu zalim.

Balik kepada wali songo yang pasti mereka membiarkan kerajaan majapahit runtuh dari dalam kerana konflik keluarga dan serta campurtangan asing ditanah Jawa serta dijadikan alasan untuk mengumpul pengaruh dan kekuatan tentera kerajaan Demak.

Apa pun mufti Kelantan pasti tahu runtuhnya kerajaan majapahit mutlak berakar dari kedatangan Islam yang benar lagi membenarkan dan langsung umpamanya mufti sendiri tahu apa yang dikatakan Mahathir dan Muhyiddin itu benar terbukti di luar negara tetapi tidak mahu dibuktikan dan dihakimi di dalam negara.

Selain itu bukannya tuan mufti tidak tahu Pak Lah berundur kerana krisis kepercayaan.

Tuan mufti, apakah tindakan-tindakan Najib itu benar tidak kontradiktri  dengan imej yang cuba dipamerkan di media dan ditonjolkan oleh pembelanya yang sudah terang lagi bersuluh tahu Najib sendiri menjadi punca konflik?

Maaf dan hati-hati tuan mufti dalam mengambil contoh yang salah dan mengelirukan yang sering dilakukan ulama muda Umno serta jangan kerana kita mufti berkuasa memberi fatwa langsung luncur lisan dan memuktamadkan haram akan sesuatu yang tidak jelas tambah jika ada kepentingan yang halus dalam diri. – Ana Ghoib Syeikh Malaya

Rujukan: Babad Majapahit dan Para Wali (Jilid 3). 1989. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Proyek Penerbitan Buku Sastra Indonesia dan Daerah

http://mediahub-m.blogspot.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Haram jika niat ingin menjatuhkan NAJIB apatah lagi menghasut rakyat-Datuk Mohamad Shukri Mohamad . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top