Jitra:
 Suami isteri terselamat selepas rumah mereka di Kampung Alor Janggus, 
dekat Napoh, di sini, dirempuh lori tangki muatan susu getah, petang 
tadi.
Difahamkan pasangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kejadian terbabit menyebabkan ruang tamu dan dapur rumah dipenuhi susu getah.
 Ketua Polis Daerah Kubang 
Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan, ketika dihubungi mengesahkan 
menerima laporan berhubung kejadian itu dan sehingga jam 9 malam ini 
anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu masih 
berada di lokasi untuk menjalankan siasatan.
"Siasatan mendapati lori dari arah simpang empat Kampung Langsat menuju simpang empat Cherok Mokkan di Hosba, sebelum terbabas ke kiri laluan dan merempuh kediaman mangsa.
"Ketika terbabas lori itu turut merempuh dua motosikal yang diletakkan di hadapan rumah, namun tiada mangsa cedera...pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.
Abd Hadi berkata, pemandu lori yang cedera dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra turut dikejarkan di lokasi untuk menjalankan tugas penyelamatan, sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu.

Labels:
semasa
 TERIMA KASIH SUDI BACA PANTANG MAUT SEBELUM AJAL-warga emas terselamat selepas lori tangki rempuh rumah mereka. TOLONG SHARE...!