Bayi Lebam Di Muka, Disyaki Didera Pengasuh
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG - Ibu kepada seorang bayi berusia 9 bulan terpaksa membuat laporan polis selepas mendapati kesan lebam yang jelas di muka anaknya itu.
Dalam kejadian pada 21 Oktober 2016 lalu, ibu mangsa, Zuria Hassan, menghantar anaknya, Muhammad Firash Rayyan Ishak, 9 bulan, ke rumah pengasuhnya di Taman Impian Indah Machang Bubok.
Pada pagi itu, Zuria menghantar anaknya dalam keadaan yang baik. Namun hanya menyedari lebam di muka anaknya itu setelah menjemputnya pulang ke rumah.
"Suami hantar anak ke rumah pengasuh jam 11 pagi dalam keadaan yang baik dan saya menjemputnya semula pada jam 5.30 petang dan muka anak dipenuhi dengan bedak.
"Apabila sampai di rumah, saya mendapati pipi anak saya kemerahan seperti ditampar. Di bahagian leher anak saya juga merah.
"Jam 8 malam, saya pergi ke rumah pengasuh untuk meminta penjelasan tetapi tiada. Malah suami cuba menghubungi telefonnya, namun tidak dijawab. Lalu saya menghubungi melalui WhatsApp," katanya.
Menurut pengasuh bernama Kak Su itu menjelaskan bahawa muka mangsa terkena tangannya sewaktu mahu menyapu makanan.
Curiga dengan penjelasan tersebut, Zuria mengesyaki pengasuhnya melakukan sesuatu terhadap anaknya sebelum dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk mendapatkan rawatan.
Ekoran kejadian itu juga, ibu bapa mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Machang Bubok, jam 12.01 pagi untuk tindakan lanjut. - The Reporter
Labels:
kejam
TERIMA KASIH SUDI BACA kes dera-alasan pengasuh muka anak terkena tangannya semasa menyapu sampah. TOLONG SHARE...!