Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

AKU NAK MAK AYAH BERCERAI- aku xder la nak kisah sangat hal diorg kan tapi dah 4tahun x duduk sebilik!! Kau rasa??

AKU NAK MAK AYAH BERCERAI
Assalamualaikum warga KRT!! Sabar ye abg2 akak2 semua ye. sebelum aku kena kecam baik aku citer dulu. Hahaha. Memula aku bagitahu satu2 ye. Ayah aku masih ada ibubapa n mak aku yatim piatu. Kami 5 orang beradik dan aku anak sulung mereka. Dua2 dua kerja govern. 


Pembahagian gaji ayah aku disenaraikan seperti dibawah.
1. Bayar loan rumah –rm500
2. Bil api –rm300
3. Bil air –rm50
4. Belanja 2 org adik bersekolah –rm200sebulan
5. Minyak kereta sendiri –rm200
6. Bagi belanja ibu bapa -rm200


Pembahagian gaji mak aku disenaraikan seperti dibawah (belanja untuk 7kepala).
1. Keperluan barang bulanan- rm500 sebulan
2. Keperluan barang masak basah- rm300 seminggu
3. Bagi adik2 dia duit brg dapur (mak aku anak sulung)-rm100
4. Pakaian anak2 –rm700++ setahun
5. Bayar loan kereta-rm600 sebulan
6. Bayar loan rumah -rm500 (sharing dgn ayah)
7. Bayar loan peribadi-rm350 (aku agak jer. haha)
8. Minyak kereta sendiri – rm120
Total ayah aku keluarkan duit sebulan =rm1450
Total mak aku keluarkan duit sebulan =rm3170
Gaji mak aku total rm3688-rm3170=rm518 untuk diri sendiri.
Gaji ayah aku total rm4516-rm1450=rm3066 untuk diri sendiri


Okeh tolak ketepi dulu pasal belanja tu. Sekarang aku nk cerita keadaan mak ayah aku sepanjang pemerhatian aku. Mak ayah aku tinggal satu rumah TETAPI berasingan bilik tidor!! Wtf?!! Kalau sehari, seminggu, sebulan aku xder la nak kisah sangat hal diorg kan tapi dah 4tahun x duduk sebilik!! Kau rasa?? Mana nafkah zahir? Mana nafkah batin?? Mak aku cukup jaga makan pakai ayah aku. Makan malam tersedia. Baju kerja bergosok baju kecik besar seluar besar sampai laa kecik berbasuh. 


Conversation antara mak ayah aku pun krik2.. serupa orang asing. Hubungan aku adik beradik dengan ayah? Lagi krik2.. mana ada masa aku nak bersembang dgn ayah aku. Pagi kerja smpai petang. Balik rumah masuk sarang (bilik peribadi beliau dan kami tak pernah tgk keadaan bilik beliau, kunci bilik level almari davy jones), keluar sarang kadang2 makan kadang2 keluar rumah smpai lewat malam.
Pergaulan ayah dengan kwn kerja amat akrab x kira laki perempuan. 


Oh ya lupa pulak. Walaupun mak ayah aku kerja government tapi diorang punya opis jauh2. So hari2 kerja mak aku bonceng dgn adik aku. Ayah aku pulak pergi berasingan. Time hujung minggu pulak lagi x Nampak batang hidung ayah aku.. kalau x duduk dalam sarang, dia keluar. Dan bila nk beli barang2 keperluan memang aku atau adik2 yang bonceng mak aku ke pasar. Bayangkan mak aku yg kurus kering tu bawak barang berat2. Aku sendiri angkat pun serupa patah bahu aku. Hahaha. Bab adik-beradik ayah aku dgn parent dia lagilah siksa. Adik2 ayah yg gila sombong dan berlagak. Nak kata kaya x adalah bergelar jutawan pun. Kalau timbang lagi berat dia punya level berlagak dari duit sendiri. Mak aku nie bukan menantu pilihan. So apa saja yg mak aku buat semua taik. Kalau apa2 jadi memang mereka salahkan mak aku. Itu belum lg cerita bab mak aku ambil loan peribadi nk besarkan rumah. Dari 1 sen pun ayah aku xhulur. Nk bincang beli barang simen, kayu, bata dan lain2 lagi ler xder. Sampaikn mak aku bonceng motor gi Tanya tukang smua prosedur. Kau tengok? Mcm xada suami jer kn. Huhu..

Someday mak aku ajak ayah n adik2 pergi bercuti. Memang masa nie aku yg dah kerepot pun melompat gembira! Hahaha.. so mak aku bayar semua dari hotel,minyak, mkn minum n belanja lain2. At night kt hotel aku sengaja ajak adik2 aku pi jalan2 dengan harapan mak ayah aku dpt ada masa bersama konon acah2 sweetlah! Sekali bila aku dgn adik2 balik (agak lewat malam) terkezut gila bab* aku bila tengok ayah aku duduk tercongok atas kerusi di lobi seolah-olah menunggu untuk check in bilik. Aku tertanya-tanya dalam hati, habis siapa yg teman mak aku sorang2 dlm bilik. Sekali aku jenguk mak duk asyik tgk tv. Fuh lega hati aku tgk mak aku cam x ada apa2 berlaku. So aku diam je. 


Keesokkan pagi ayah aku pepagi dah keluar bekpes sorg2. Aku pun ambik peluang Tanya mak aku ada dak ayah aku masok bilik smlm. Kau tau apa mak aku ckp? Eh bukan ke ayah ikut korang ker? Aku terdiam. Adeh xsanggup aku tgk muka mak aku. Tp aku xboleh nk diam dah. Sabar aku sbg anak ada hadnya! Aku pun bgtau cerita sebenarnye. Terduduk mak aku. Dlm diam rupanya mak aku nangis teresak. X pernah ak tgk mak aku sesedih tu weh. Mak aku cakap apalah dosa dia kt ayah aku smpai ayah aku pandang pun x hingin. Tiap kali ajak berbincang ayah lari. mak aku merintih cakap kt aku dia anak yatim piatu. Anak sulung. Somehow walau x kuat kena jugak kuatkan,kuatkan diri utk org lain.mak sebatang kara. Mentua xsuka, adik2 ipar x suka. Walaupun sudah 28tahun berkahwin. 



Satu hari tu mak aku pegang tangan ayah aku tarik masok dalam bilik nk berbincang.. aku agak dlm 10 minit dengar bunyi diorang bertikam lidah.. aku Nampak mak aku tarik tangan ayah aku. Dan tetiba ayah aku ckp ‘lepaslah! Muka dah mcam hantu dah!’ perhh terkejut mak aku. Menangis2 dia.. aku buntu xtau nak buat camna. Sebab tulah aku rasa dari mereka sakitkan satu sama lain ada baiknya bercerai saja. Aku xkisah klau ayah aku nk kahwin lain pun. Yg aku nk focus skrg gemokkan mak aku balik. Bg dia sihat. No hard feeling lg. mak aku tu dia pendam sendiri, telan sendiri walau seksa camna pun. Aku sayang ayah, aku sayang mak.
p/s: aku bakal berkahwin. Tapi kalau tgk gaya mak ayah aku camni baik aku single lagi baik!



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA AKU NAK MAK AYAH BERCERAI- aku xder la nak kisah sangat hal diorg kan tapi dah 4tahun x duduk sebilik!! Kau rasa??. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top