Sumber Chairani Rani
#MASIHKAH anda ingat lagi insiden seorang pelajar perempuan tingkatan
satu putus dua kakinya selepas digilis lori ketika pulang dari sekolah
berdekatan Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 18 Januari lalu?Setelah hampir setahun insiden itu berlaku, Siti Nuraisyah Sahrin atau mesra disapa sebagai Ecah kini aktif melibatkan diri dalam sukan paralimpik.
Lebih membanggakan,
gadis berusia 13 tahun ini baharu sahaja memperoleh pingat perak dalam
Kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan 2016 yang diadakan di
Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Sabtu
lalu.
Kemenangan itu sekali gus membuatkan dirinya ditawar untuk bersekolah dan menjalani latihan di pusat terbabit.
Ecah bagaimanapun memberitahu, dia mahu berfikir dahulu sebelum membuat tawaran.
“Saya akan fikirkan dulu dan bincang bersama emak dan ayah. Selepas mengikuti pertandingan ini, saya semakin bersemangat untuk berlatih,” katanya.
Dalam pertandingan itu, Ecah selaku wakil tunggal Selanggor menyertai kategori wanita 50 kilogram (kg) dan berjaya melepasi angkatan 37kg. Dia juga merupakan peserta termuda pertandingan tersebut.
Pada 18 Januari lalu, Ecah bersama kakaknya sedang perjalanan pulang dari sekolah menaiki motosikal sebelum dilaporkan terjatuh akibat dilanggar sebuah kereta.
Dia yang terjatuh ke tengah jalan tidak sempat bangun sebelum digilis sebuah lori yang dipercayai membawa muatan tanah.

Labels:
kisah
TERIMA KASIH SUDI BACA MASIHKAH anda ingat lagi insiden seorang pelajar perempuan tingkatan satu putus dua kakinya selepas digilis lori ketika pulang. TOLONG SHARE...!