Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tukang gunting warga Bangladesh cabul anak majikan berusia 5 tahun


Kota Tinggi: Tukang gunting warga Bangladesh berusia 30 tahun ditahan selepas disyaki mencabul anak perempuan majikannya berusia lima tahun dalam kejadian di kedai gunting rambut di Sungai Rengit, Pengerang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, tindakan menahan lelaki terbabit sejurus menerima laporan daripada keluarga mangsa mengenai kejadian itu pada 12.50 tengah malam.

Katanya, berdasarkan laporan, ibu mangsa yang berusia 42 tahun meninggalkan anak perempuannya itu di bawah jagaan dua pekerja Bangladesh pada 3 petang kelmarin.

"Pada jam 3.30 petang, suami pengadu pergi ke kedai dan mendapati mangsa berada di bilik kedai dalam keadaan berkunci bersama seorang pekerja pengadu.

"Suami pengadu terus bertanya kepada pekerja mengenai apa sudah dilakukan ke atas anaknya, namun dia tidak berkata apa-apa," katanya.

Berikutan itu, pengadu dan suami membawa anak perempuan mereka untuk pemeriksaan di klinik.

"Doktor mengesahkan terdapat keraguan pada fizikal kemaluan mangsa dan perlu dirujuk kepada doktor pakar," katanya.

Bertindak atas maklumat, anggota Polis Sungai Rengit menahan tukang gunting rambut itu dan dia ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 16 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan dokumen perjalanan diri selain disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Mangsa di bawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI).



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Tukang gunting warga Bangladesh cabul anak majikan berusia 5 tahun. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top